Monday, November 4, 2013

Soalan: jatuhkah talak

Nama*:musyatie amyza
Alamat Email:musyatie_amyza@yahoo.com
Tajuk*:jatuhkah talak
Message*:Assalamualaikum, di sini ada sedikit kemusykilan... jatuhkah talak jika suami menceritakan tentang satu cerita mengenai satu rumah tangga yang pernah dilihatnya sambil mengulangi lafaz soreh yg dikatakan oleh orang yang sedang dia ceritakan itu... situasinya adalah seperti ni:
Suami:ayang nak tau hari tu masa abah dok memancing dengan Nasrul (kawan suami), ada satu rumah kt taman tu dok begaduh... lepas tu tiba-tiba dengar laki dia lafaz cerai kat bini dia kata "aku cerai hang talak satu babi"... Saya terkejut la dia cakap mcm tu...

Selepas itu saya tanya kembali kepada suami saya.. tak pa ka abg cakap mcm tu... selepas itu dia pun membalas, "laaa.. abg bukan niat nk cakap untuk ayang.. abg cuma cerita ja kt ayang pasal rumahtangga mereka itu...
Adakah jatuh talak jika dalam keadaan seperti itu???

Dan satu lagi kemusykilan saya.. jika suami saya ulang lafaz talak sebanyak 3 kali kerana saya yang minta untuk ulang balik sebab mula-mula saya terkejut dan keadaan line telefon yang agak kurang jelas kerana jarak yang jauh berada di atas bukit... adakah sudah jatuh talak 3... tolonglah bantu saya yang sudah serabut ini...
File Upload:
Visitor IP: 113.210.131.226

Salam

Dua kes,

Kes pertama suami cakap sebagai ajukan daripada apa yang didengarnya. Ia tidak menjatuhkan talak kerana ia tidak ditujukan kepada puan sebagai isterinya.


Kes kedua jatuh talak satu atau tiga? Perulangan sebutan talak seperti ini ada ulama yang mengatakan ia jatuh talak tiga, namun ada ulama yang berpendapat ia jatuh talak satu.

Secara khusus pendapat saya pada kes ini, ia jatuh talak satu kerana perulangan itu adalah penjelasan kepada apa yang diucapkan kali pertama.

Wallahuaklam dan tk







Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA