Monday, November 11, 2013

Soalan: apakah ini talak bersyarat

Nama*:zalfaa widodo
Alamat Email:zalfaa angel.@yahoo.com
Tajuk*:apakah ini talak bersyarat
Message*:Assalammualaikum wr.wb. Ustaz saya seorang isteri. Kami pernah ribut dan saya bilang ke suami minta cerai dan suami bilang itu termasuk talak jangan ulangi lagi bicara kaya gitu. Apakah ini jatuh talak pd saya? Dan saya juga pernah ribut lagi sama suami saya minta cerai. Suami bilang kalau mau pisah ya pisah secara baik-baik, kata2 ini lewat sms, dan selang beberapa hari saya masih sama minta cerai, suami bilang kalau mau pisah ya pisah baik2 dulu kita kenal juga baik2, terus saya bilang ke suami ayo kita sekarang ke rumah pak tris (orang yg membantu mengurus pernikahan di tempat kami) tp suami bilang ya ntar emang kaya gitu ngak pakai duit, apakah ini disebut talak bersyarat? jatuh apa tidakah talak ini?dan kami sekarang udah baikan lagi, tolong jawab pertayaan saya ustad karena ini membuat saya resah dan kwatir telah jatuh talak ke saya. Saya menyesal tiap kali ribut sering minta cerai, tp mulai sekarang saya tidak akan mengulangi kata2 minta cerai saya sangat menyesal dan saya sangat mencintai suami saya. Terima kasih ustad wassalammualaikum wr.wb.
File Upload:
Visitor IP: 10.48.43.198

Wa alaikum salam Puan,

Terima kasih kerana mahu berkongsi masalah dengan saya.

Isteri sebenarnya tidak baik, tidak bagus meminta cerai daripada suami. Ada pernah saya terbaca hadis yang mengatakan isteri yang meminta cerai akan dijauhi daripada pintu syurga. Kita mohon keampuanan Allah dalam perkara ini. Namun ada pengecualiannya jika suami itu ganas dan tidak bertanggungjawab, maka bolehlah diminta cerai kepada hakim atau pihak yang bertanggungjawab.

Namun perlu difahami, permintaan isteri untuk bercerai, tidaklah menjatuhkan talak, tidaklah jatuh cerainya.

Ungkapan suami 'ya ntar emang kaya gitu ngak pakai duit' saya berpendapat ia tidaklah menjadi lafaz taklik pada talak (talak bersyarat).

Alhamdulillah teruskan kebahagiaan ini dan didoakan semua selamat berbahagia hingga ke syurga.

Amin.


Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA