Thursday, November 14, 2013

Soalan: SIAPAKAH YANG BERHAK JADI WALI? DAN BOLEH TIDAK KAH DI BIN/BINTIKAN NA

Nama*:zalfaa widodo
Alamat Email:zalfaa angel.@yahoo.com
Tajuk*:SIAPAKAH YANG BERHAK JADI WALI? DAN BOLEH TIDAK KAH DI BIN/BINTIKAN NAMA AYAHNYA?
Message*:Assalammualaikum wr.wb. ustaz, ada soalan yg ingin saya tanyakan, pasangan suami istri telah dikurniai anak perempuan, tp anak ini lahir kurang dr 6 bln setelah pernikahan.

Tapi dlu sblm nikah resmi pasangan suami istri ini menikah sirih, tp keadaan istri saat itu telah hamil 1 bln, dan yg jd wali ayah dari si istri, karena pd wkt itu ada persoalan yg blm terselesaikan, sehingga pasangan ini tdk bisa melaksanakan pernikahan sah secara hukum, setelah kehamilan mendekati 4 bln,baru pernikahan yg resmi bisa dilaksanakan.

Satu yg ingin saya tanyakan kelak jika anak perempuan dr mereka mau nikah apakah ayahnya bisa menjadi wali?

2. Bolehkah nama si ayah di bin/bintikan pd si anak perempuan ini?

terima kasih ustaz wasalammualaikum wr.wb.
File Upload:
Visitor IP: 10.50.70.76

Wassalam.

Nikah rasmi dan nikah sirih (?) adalah dua yang berbeza.

Nikah yang sempurna rukun dan syaratnya adalah sah tidak dikira sama ada nikah rasmi mahupun nikah sirih. Jika pada nikah sirih itu telah ada wali, dua saksi dan pengantin lelaki perempuan berserta akad yang betul, maka sahlah nikah berkenaan. Untuk merasmikan bagi tujuan pendarftaran pemerintah, ia perlu diakad rasmikan sebegitu.

Pada kes ini, sah nikah sirih (setelah cukup syarat di atas), dan mereka tiada masalah dalam urusan suami isteri. Cuma masalah isteri telah mengandung satu bulan, itu menunjukkan persetubuhan (perzinaan) telah berlaku sebelumnya. Bagi anak seperti ini, mazhab Syafie menegah berbinkan bapanya sebaliknya berbinkan ABDULLAH sebegitu sahaja.

Namun ada perbincangan ulama yang lebih panjang tentang soal maruah dan harga diri anak berkenaan, maka ada yang berpendapat tidak mengapa di bin kan kepada ayah berkenaan. Dengan syarat apabila anak itu mahu menikah, hendaklah diwalikan kepada wali hakim bukannya bapa berkenaan.

Terima kasih.

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA