Nama*: | alia |
Alamat Email: | alia_alieya89@yahoo.com |
Tajuk*: | cerai taklik jatuh ke tidak? |
Message*: | Assalamualaikum.. Saya mahu bertanya. Pada tahun 2011, saya dicerai taklik oleh suami saya masa saya tengah mengandung. Masa tu saya tengah belajar semester 5 ijazah. Dia suka maki hamun, hina, tengking saya. Sedangkan anak yg sy kandung masa tu pun dia ckp sy mgandung anak siapa. Dia selalu membuat tuduhan yang tidak berasas. Dia menceraikan saya pada pagi 20/9/2011 melalui lafaz takliknya "Kalau mu kuar uitm tanpa aku, jatuh talak satu..pada hari yang sama, sebelah malam, dia melafazkan sekali lagi seperti " kalau lahirnya baby, jatuh talak satu". 22/9/2011 saya keluar uitm tanpa dia, kerana ada urusan yang diberi oleh pensyarah. Pada 9/10/2011, dia melafaz kan sekali lagi seperti "kalau kluar uitm, jatuh talak 3". Pada 10/10/2011 saya keluar uitm untuk membuat kertas kerja bersama rakan kelas saya. Pada tahun 2012, dalam saya habis pantang, dia melafaz sekali lagi, semasa itu ada nombor telefon baru naik dekat handphone, dia melafaz seperti "kalau tak hantar no. fon tu hingga pukul 6, jatuh talak 1 atas mu". tapi sya hantar no tu sblm pukul 5. Pada tahun 2013, semester akhir ijazah, dia ada bagitau saya yang dia nak hantar saya dengan cara baik mcm dia amek saya dlu..banyak kali juga ayat tu tkeluar dari mulut dia. Dia seorang penipu, pembelit dan cemburu buta. Baru-baru ni dia ada bagitau yang duit hantaran hilang rm5,000 tue sbnrnya dia wt rancangan supaya kami dpt kahwin. Duit rm5000 hilang tu sbnrnya dia xda satu sen pun..dia wt rancangan duit tu hilang supaya org pcaya dan bantu dia. Bila dia kol kt kg, ma dia risau dan kebetulan ma long dia ada dan sanggup bantu dia pinjam duit dengan gadai gelang emas dia. Dia cakap kalau dia xwt mcm tu mesti kami xdpt kahwin dah..dia selalu ckp saya bwa sial dalam hdup dia. Sbb dia selalu xda duit. Gaji dia selalu xcukup. Bila dpt gaji, first sekali kena potong ah long dlu sbb kad atm maybank dia ngn ahlong. Balance gaji x ckup untuk byr kereta dan rumah. Maki hamun, hina, kata-kata kesat, tengking tu dah jadi kebiasaan dia lemparkan kat saya. Dari segi nafkah xpernah pun bg..nafkah saya dan anak xpernah dia bg..dia amek duit simpanan, duit hantaran untuk byr keta umh..dia paksa saya hidup secara lucah. Dia paksa saya ikut adegan video lucah, sambil tu dia rakam saya. Bila dia kerja jauh, dia paksa saya wt hubungan dalam telefon. Dia selalu aniaya saya, bila saya nak wt kerja pada waktu malam, dia off kan lampu. Jadi saya tpaksa wt assingment dalam gelap..bila sya mintk untuk mbuka lampu, dia tengking saya dan bagitau saya yang dia bayar api air, rumah ni rumah dia. Dia hina keluarga saya, dia ckp ayah mak xpandai didik anak. Saya juga pernah ditampar dan dihalau pukul 2 pagi, disebabkan saya xturut kata dia. Bila saya xtahan, saya kurungkan diri dalam bilik, dia tendang dan cuba pecahkan pintu. Kata dia kalau saya xbuka dia dpt msk, nahas saya nanti..dia pernah nak mengancam nyawa saya dan anak saya, dia bwa kereta dengan keadaan marah megamuk dengan ke kiri ke kanan dalam keadaan laju smbil menghantukkan kepala dan tangan dia ke streng..hanya allah je tau mcm mana rasa takut masa tu. Baru-baru ni, saya wat laporan kt mahkamah syariah. Sbb da rasa was2..lagi-lagi saya tengah mengandung usia 5 bulan sekarang ni. Saya was-was sama ada dia masih suami saya ke tidak lagi. Saya betul-betul tak sanggup hidup bersama dengan dia lagi. Cara dan layanan dia terhadap saya amat teruk dan hanya Allah shja yang tau. Dia ada sruh tarik balik aduan yang sy buat tu. Dia ckp kalau g mahkamah abis duit, dari abis mcm 2 je baik bg kat sy dan anak..tapi dia mmg xda bg duit nafkah pun spanjang saya mnunggu sebutan ni..dia ada dtg umh nak bincang, tapi dia wt kurang ajar kt mak ayh, dan wt tuduhan yg sy ada org ketiga dan ada makhluk tuhan bgtau dia yg ayah saya suruh ceraikan dia. kami skluarga tkejut dengar tuduhan yang dia wt. Bila kluarga dia mminta pjelasan dr saya, bila sy bka mulut je, dia myampuk dan kata sy mnipu. Macam mana ustaz? Adakah jatuh cerai taklik yang dilafaz oleh dia? Apa status anak dalam kandungan saya ni ustaz? harap ustaz dpt tolong saya.. |
File Upload: |
Salam.
Ma sya Allah, berat sekali dugaan yang Puan hadapi.
Saya rangkapkan kembali tulisan puan bagi memudahkan saya memahami kisah ini.
Pada para pertama, jelaslah jatuh talak taklik setelah puan keluar ke UiTM tanpa bersamanya kerana ia melanggar lafaz taklik berkenaan. Jatuhlah talak satu.
Soalan saya, adakah selepas itu, suami puan ada merujuk puan untuk kembali bersama? Jika ada rujuk dibuat, maka hukum pada paragraf ke dua itu ada kaitannya.
*Rujuk boleh dibuat dengan menyatakan 'jom kita kembali rujk, atau sesetengah ulama membenarkan rujuk dengan mengajak bersama atau bersetubuh. Saya lebih berpegang kepada ajakan yang dilafazkan kerana ia setanding dengan lafaz penerimaan nikah pada awal perkahwinan dulu.
Jika rujuk telah dibuat, bererti puan kembali bersatu sebagai suami isteri yang sah dan lafaz taklik keduanya adalah sah juga. Pelanggaran pada lafaz taklik kedua menyebabkan puan jatuh talak tiga seperti yang dinyatakan oleh suami pada tarikh 10/10. Apabila telah jatuh talak tiga, bererti puan bukanlah lagi isteri yang sah kepadanya.
Perkara yang berikutnya adalah kelemahan dan kekurangan suami puan. Ia menjelaskan suami puan bukanlah seorang yang bertanggungjawab dan amat memalukan. Dia tidak matang dan layak menjadi suami.
Apabila puan telah melaporkan hal ini kepada pejabat agama, ia langkah yang amat wajar. Biarlah mahkamah menentukan status perkahwinan puan.
Smeoga puan lebih tabah dan berserah kepada Allah.
tk
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.