Friday, October 12, 2012

Soalan: ta'liq talak

Nama*:wan syamimi izyan
Alamat Email:wsi_syaiz87@yahoo.com
Tajuk*:ta'liq talak
Message*:Di dalam masalah Rohani bt Kadir dan Mazlan b Salleh.
Ta'liq pertama : Dilafazkan oleh Mazlan b Salleh pada pertengahan tahun 2007 pada jam 3.00pagi, suami telah berta'liq di hadapan isteri dengan lafaz : "Sekiranya kamu keluar dari rumah ini maka putus", dan pada hari yang sama isteri telah melanggar ta'liq tersebut.
Ta'liq kedua : Dilakukan oleh suami pada 28 April 2009 melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada defendan dengan kata-kata : "Kalau kamu keluar untuk bersenam pada esok hari maka jatuh talak satu".
Setengah jam kemudian, isteri menelefon suaminya dan suaminya menarik semula kata-katanya. Pada malam tersebut, suaminya memberitahu bahwa dia sekadar main-main dengan ucapannya, dan pada hari yang sama mereka melakukan hubungan suami istri. Keesokan harinya, isterinya keluar pergi bersenam dengan meminta izin daripada suami dan suami mengizinkan.
Ta'liq ketiga : Pada 2 April 2010, suami melafazkan sekali lagi ta'liq : "Sekiranya kamu keluar dengan seorang lelaki yang tidak aku kenali, kamu keluar berdua-duaan dengannya, makan bersamanya dan melakukan perkara yang tidak baik di belakangku, maka jatuhlah talak satu." Keesokan harinya, isteri telah keluar bekerja seperti biasa.
soalan saya :
1) adakah ta'liq yang kedua telah jatuh, krn dari pembacaan saya ta'liq tidak boleh ditarik setelah diucapkan.
2)ta'liq ketiga masih belum dilanggar krn isteri sekadar keluar bekerja, belum keluar dengan mana2 lelaki dan tidak melakukan perkara yang tidak baik.soalan saya sekiranya terjadi pelanggaran dita'liq yg ketiga bagaimana status hubungan mereka suami isteri, adakah mereka tidak boleh dirujuk lagi, krn isteri telah melanggar ta'liq pertama dan kedua...
3)adakah ta'liq talak mengurangi bilangan talak atau tidak? maksud saya sekiranya ta'liq mengurangi bilangan talak maka mereka sudah tidak boleh bersama lagi, dan sekiranya ta'liq tidak mengurangi bilangan talak maka jika ta'liq ketiga dilanggar maka suami masih boleh merujuk isterinya.
File Upload:

Salam Sdr Wan, saya tidak sanggup menjawab persoalan yang dikemukakan..

nanati saya rujuk kpd pihak yang lain, termia kasih.

Visitor IP: 180.241.113.93

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA