Thursday, October 11, 2012

Soalan: situasi perkahwinan

Nama*:mimi
Alamat Email:
Tajuk*:situasi perkahwinan
Message*:suami yg gemar berhibur telah mengahwini seorg perempuan lain yg sama tabiat dengannya>> (suka berhibur dan berfoya2). saya sebagai seorg isteri kini terpaksa menguruskan 3 org anak bersendirian. suami hanya balik apabila perlu sahaja... setakat nie 2 mlm sahaja sebulan dengan alasan bekerja...selebihnya bersama isteri barunya.

1. apakah yg perlu saya lakukan sekarang....
2. sy seorg isteri yg bekerja apakah sy perlu memnta izin drpd suami untuk melakukan sebarang perkara.. kerana amat sukar panggilan sy dijawab oleh suami...
3. sy rasa tertekan kerana diperlakukan sedemikian oleh suami... Hanya dengan mengingati Allah sy dapat bertahan....
File Upload:

Salam Puan Mimi,

Berdasrakan apa yang dimaklumkan, saya berpendapat suami berkenaan telah mengabaikan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak. Perlakuan seperti ini membawa dosa kepada dirinya.

Puan boleh laporkan kepada kaunselor di Pejabat Agama untuk dipanggil suami puan, jika tindakan ini tidak membahayakan kedudukan puan. Jika tidak, puan boleh mencari seseorang kenalan suami untuk membantu memberi nasihat dan bimbingan kepada suami puan.

Puan yang bekerja teruskanlah tugas berkenaan sebagai jalan menampung kos hidup anak-anak. Keizinan secara umumnya perlu diperolehi daripada suami puan. Contohnya, suami puan perlu tahu dan sedia maklum yang puan bekerja di mana-mana dan mungkin ada kalanya kena out-station di mana-mana. Jika perlu ke luar kawasan, elok bagi tahu (sms dll) kepada suami.

Bergantung haraplah kepada Allah bila mana suami bukan lagi orang yang boleh diharapkan. Keberadaannya sekadar 'ada' tetapi tidak punyai peranan, namun bersyukurlah puan masih punyai anak-anak dan kerjaya yang berupaya menyara keluarga sendirian. Semoga puan terus tabah dalam menghadapi ujian seperti ini.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 122.129.122.213

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA