Nama*: | Noraida Abdul Rahman |
Alamat Email: | aidarahman76@yahoo.com.my |
Tajuk*: | Mohon Pertolongan Segera!! |
Message*: | Assalamualaikum wbt. Ustaz, Situasi yang saya dan suami telah lalui adalah seperti yang diringkas di bawah. Mohon ustaz teliti pada kisah kami yg ternyata ceteknya ilmu agama di dada kami berdua ini. Pertengahan September 2011 (tidak ingat tarikh tepat) Telah berlaku kejadian soal jawab antara saya dan suami perihal KECURANGAN dia di mana saya memaksa suami meletakkan tangan nya di atas kepala saya lafaz talak sebagai bukti dia bercakap benar tentang sejauh mana hbgn mereka. Suami pernah junjung Quran membuktikan dia tidak bohong tetapi sebaliknya yang terjadi. Saya merasakan dia tidak akan mempermainkan TALAK jika dia berbohong. Lafaz tersebut:- "Bahawasanya aku, HAIRIZAN MD ALI, tidak pernah berzina dengan SURIANI AWANG. Jika aku berbohong, jatuhlah TALAK SATU ke atas isteriku, NORAIDA ABDUL RAHMAN" Awal Oktober 2011,dia mengaku berzina dengan perempuan itu. Hujung Disember 2011,saya diberitahu nama sebenar perempuan tersebut ialah SULYANI AWANG. Saya teringat lafaz tersebut dan telah email kepada jabatan mufti Selangor. Februari 2012, email balasan yg diterima, TALAK SATU itu sah walaupun bukan nama sebenar yg disebut tetapi merujuk kepada org yg sama. Penjelasan dr suami, dia yakin tidak jatuh talak kerana sebut nama yang salah dan menyimpan kesilapan berzina dr pengetahuan saya maka kerana itu dia berani lafaz. Ustaz, Persoalan menjerut leher saya, apa status kami, masih suami isteri kah? Talak sah tanpa kami ketahui maka tiada lafaz rujuk dr suami dlm tempoh edah kecuali telah berlaku persetubuhan tanpa paksaan dalam tempoh lafaz dan terima balasan email. Apakah yang saya perlu lakukan sekarang? Saya mengajak suami ke mahkamah syariah tetapi beliau enggan elak malu kisah berzina diketahui kecuali ada cerita lain yg dapat menjelaskan hal ini ketika di soal dalam mahkamah. Tidak pula mencari jalan keluar setelah dia bertanya pada seseorang dgn cerita rekaan beliau dan jawapan individu itu ialah kami kena nikah semula. Saya rasa tertekan dgn sikap tidak ambil berat hal ini. walaupun dah setahun namun saya nak sangat ketahui langkah yg sepatutnya saya lakukan. Tiap kali ada selisih faham, pertengkaran dan rasa tidak puas hati dgn perbuatan beliau, saya terfikir untuk minta fasakh dgn memberikan sebab peristiwa tersebut. Namun, doa saya diberi jalan keluar setelah jumpa blog ustaz ini dan saya pohon ustaz bantu saya juga suami yang kini semakin byk perubahan ke arah yg tidak sepatutnya sbg suami dan ayah yg dia lakukan. Sekiranya saya meninggalkan beliau, saya lbh kecewa tidak melakukan sesuatu untuk menyelamat kan keluarga kami. Andainya saya sudah berusaha dan lakukan yang sepatutnya, jika jodoh tidak panjang saya tidak ralat dgn apa yg saya akan lakukan. Setakat ini dulu yang termampu, semoga ada masa terluang ustaz memberi nasihat kpd saya dan suami.ALLAH yang paling berkuasa dan paling upaya membalas pertolongan ustaz. Sekian, Wassalam. ~Aida Rahman~ |
File Upload: |
Salam Puan Aida.
Daripada kisah yang dipaparkan, dan atas kefahaman saya kisahnya; jatuhlah talak satu ke atas puan dengan sebab 'suami berbohong' dan 'berzina' dengan perempuan yang disebutkan secara khusus.
Oleh kerana telah tamat tempoh edah, maka puan dan suami dinasihatkan supaya berkahwin semula yakni bertemu wali dengan dua orang saksi dan diakadnikahkan beserta mahar yang tertentu. Ini kerana persetubuhan yang berlaku dalam tempoh edah tanpa lafaz rujuk yang jelas tidak dikira sebagai 'rujuk'. Sepatutnya suami puan semasa dalam tempoh edah, boleh merujuk @ menyatakan lafaz rujuk yang jelas.
Yang selebihnya, kita kembali kepada Allah; bertaubat dan berusaha membina semula rumah tangga kita sebaiknya. Sabarlah dengan ujian dan dugaan yang puan lalui.
Wallahuaklam.
Visitor IP: 203.82.92.50
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.