Tuesday, October 9, 2012

Soalan: meminta maaf

Nama*:farhana
Alamat Email:
Tajuk*:meminta maaf
Message*:Assalamualaikum wbt ustaz..

Ustaz, saya ada buat salah pada seorang kawan saya, Sarah. Saya ingin memohon maaf dari dia tapi saya ada halangan untuk jumpa dan bercakap dengan dia. Saya minta kawan saya sampaikan pada Sarah yang saya minta maaf. Kemudian, Sarah cakap yang dia dah maafkan saya. Soalan saya :
Adakah boleh kita minta maaf melalui orang tengah macam keadan saya?
Adakah salah saya pada sesama manusia dah selesai?
Terima kasih ustaz.
File Upload:

Salam Farhana;

Memohon maaf sebaik-baiknya bertemu muka dengannya. Jika tidak boleh gunakanlah jalan komunikasi yang sesuai. Boleh gunakan telefon, email, surat, memo dsb. Boleh juga menggunakan orang tengah (perantaraan), namun perlulah dipastikan kesediaan orang tengah dan penerimaan orang yang kita 'buat salah' menerima kemaafan daripada kita.

Saya cadangkan supaya Farhana membuat pengesahan kepada orang yang kita buat salah setelah orang tengah meminta maaf bagi pihak kita.

walahuaklam.


Visitor IP: 123.136.106.50

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA