Nama*: | Sarah Syamimi bt Kamaruddin |
Alamat Email: | mimiekamaruddin@yahoo.com |
Tajuk*: | Suami enggan mengaku.. |
Message*: | Assalamualaikum.. Suami saya lafaz 'kalau awak kaitkan saya dengan betina tu lagi, jatuh talak', tanpa saksi pada 27 Julai 2012 dan pada 15 Ogos 2012 kami bertengkar dan secara tidak sengaja saya dan suami saya ada sebut tentang perempuan itu dan pada masa itu saya lupa yang suami saya pernah lafaz.. Sekarang saya sudah fail permohonan pengesahan perceraian di mahkamah dan tarikh pun sudah ditetapkan iaitu pada 29 Oktober 2012. Masalah saya adalah kemungkinan suami saya tak akan mengaku yang dia sudah lafaz, dan pernah juga dia memberitahu saya yang dia tidak akan melepaskan saya. Apa perlu saya buat jika dia enggan mengaku? Harap tuan dapat membantu saya.. Terima kasih. |
File Upload: |
Salam Puan,
Saya mohon maaf kerana lewat melihat email ini.
Suami perlu mengakui secara jujurnya akan ucapan taklid yang disebut dahulu. Dia perlu jujur bagi memastikan hubungan suami isteri dalam keadaan halal dan sah.
Dalam kes ini, saya faham ia terjadinya talak dengan talak satu.
Bila berlaku talak, ia boleh dirujuk dengan cara yang baik.
Usah bertegas dengan perkara yang salah kerana ia tiada penyelesaiannya.
Semoga ia mendapat iktibar.
terima kasih.
Visitor IP: 206.53.148.240
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.