Tuesday, October 16, 2012

Soalan: pinjaman untuk pergi haji

Nama*:NOOR AINI BT AHMAD
Alamat Email:miirah_03@yahoo.com
Tajuk*:pinjaman untuk pergi haji
Message*:Saya dah baca ttg hukum buat pinjaman untuk pegi haji. Ada yg membenarkan klu yakin bole membayarnya dan ada juga yg kata tak boleh. Saya telah membuat pendaftaran haji pd 2004 dan insyaallah pd thn 2014 sy bole menunaikan fardu haji bersama suami. Umur sy skrng 40 thn. Masalah kami simpanan tbg haji kami masih belum cukup tetapi bimbang jika tidak dapat pergi pd 2014 kami kena tngu lagi 10 thn pulak utk dpt kesana. Saya berhasrat nak buat pinjaman peribadi dgn bank islam utk tujuan ini...tp masih risaukan hukumnya... Saya yakin jika d panjangkan umur sy mampu bayar pinjaman ini tp ajal maut bukan d tangan saya membuatkan saya bimbang ttg bole atau tidak utk membayarnya... Saya harap pihak tuan bole membantu sy.
Terima Kasih..
Noor aini ahmad
File Upload:

Salam Puan Noor Aini,

Tahniah kerana puan punyai niat dan usaha untuk mengerjakan haji pada awal usia.

Haji difardukan kepada yang mampu @ berkeupayaan/ berkemampuan. Pada saya, jika puan perlu meminjam (bank) untuk ke haji adalah diharuskan selagi mana puan mampu untuk membayarnya setelah pulang kelak. Tidak menjadi halangan utk puan membuat pinjaman bank, asalkan puan dapat membayarnya kembali. Soal ajal dan maut adalah ditangan Tuhan, malah setiap pinjaman tentunya ada insurans yang cover sebagai jamiman penulasan hutang yang dibuat.

(Saya difahamkan kalangan haji Indonesia memang dibiayai oleh pihak bank dan setelah pulang haji, mereka perlu membayar pembiayaan berkenaan)

Wallahuaklam.

Visitor IP: 203.82.92.90

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA