Tuesday, October 23, 2012

Soalan: Eddah selepas fasakh

Nama*:Ina
Alamat Email:
Tajuk*:Eddah selepas fasakh
Message*:Keputusan mahkamah berpihak pada saya semalam untuk tuntut fasakh dr bekas suami, alhamdulillah sy bersyukur kerana hilang beban di bahu selama 8 tahun bersama bekas suami.
Soalan sy sekarang, hakim menetapkan fasakh pd sy dgn eddah 3 kali suci, dlm masa eddah ni, bekas suami masih bole duduk serumah dgn saya ke? rumah yg sy duduk skg rumah milik mak sy, dan dia seperti tak faham dan seperti tak mau keluar rumah.

Menurut peguam sy, suami masih bole duduk serumah selagi dlm eddah. Oleh kerana saya memang tak mau hidup dgn bekas suami lg, peguam nasihatkan selagi serumah jgn "bersama", jika itu berlaku, eddah terbatal.. sy takkan berbuat begitu sb sy memang tak mahu!

Sy merasa rimas dan susah utk buat kerja di rumah, kerana dia hanya buat muka tembok, dan buat hal dia sendiri di rumah sy. saya mahu bekas suami saya ni keluar rumah dgn kadar segera tapi dr gaya bekas suami seperti melengah lengahkan keadaan disebabkan kami mempunyai anak perempuan usia 8 thn, dia tau jika dia keluar rumah bermakna dia tak bole jumpe anak sy hari2.

Saya berasa sedikit tertekan dan bingung dgn keadaan ni. Harap ustaz bole beri penjelasan samada bekas suami masih bole serumah dgn sy atau tidak.terima kasih
File Upload:

Salam Puan Ina,

Seperti yang dijelaskan oleh pihak mahkamah, suami boleh tinggal serumah dalam tempoh edah. Bersabarlah puan dalam tempoh edah ini, bersabar menghadapi suami seketika.

Sekiranya lepas habis edah, nasihatlah suami puan untuk berpisah kerana ikatan lelaki perempuan telah menjadi mahram pada ketika itu. Tidak ada salahnya membenarkan sesekali dia datang bertemu anaknya tetapi tidak boleh serumah lagi.

Wallahuaklam.

Visitor IP: 123.136.106.238

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA