Wednesday, October 17, 2012

Soalan: pengesahan cerai melalui sms

Nama*:pija
Alamat Email:
Tajuk*:pengesahan cerai melalui sms
Message*:Salam..

Baru-baru ini, semasa bergaduh dengan suami, saya menghantar sms 'aku nak kau ceraikan aku' kepada suami. Kemudian suami hanya membalas 'ok'. Saya beritahu suami talak telah jatuh walaupun dia hanya membalas 'ok' tetapi suami tidak percaya. Suami tidak tahu lafaz talak boleh jatuh. Dia menafikan sekeras-kerasnya niat untuk menceraikan saya.

Saya bertanya suami berkali-kali tentang niat dia, tetapi suami tetap tidak mengaku mahu menceraikan saya.

Adakah jatuh talak tersebut?
File Upload:

Salam Puan Pija,

Balasan SMS 'ok' yang suami puan berikan sbg jawapan kepada permintaan puan "aku nak kau ceraikan aku'; adalah menunjukkan jelasnya dia bersetuju untuk menceraikan puan. Pada kefahaman saya, jatuhlah talak dengan satu talak.

Soal dia tidak tahu hukum (bahawa perbuatannya menyebabkan jatuh talak) tidak diambil kira dalam hal ini; kerana sepatutnya dia wajib tahu akan kesan tindakan yang diambilnya.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 60.48.48.16

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA