Nama*: | hafizah |
Alamat Email: | |
Tajuk*: | berdosakah suami? |
Message*: | Salam ustaz : 1. Suami terpaksa bernikah semula dengan bekas isteri demi anak2. Perasaan kasih sayang langsung tak wujud untuk isteri walau dah berbulan nikah. Dia berlakon demi jaga hati isteri dan anak2. Nafkah batin diberi atas dasar tanggungjawab sahaja. Adakah suami berdosa? Berdosakah suami kerana tak mampu sayang isteri? 2. Sebelum bernikah semula, suami bercinta dengan seorang gadis dan putus sebab suami terpaksa bernikah semula dengan bekas isteri demi anak2. Berdosakah suami jika dia masih sayang gadis tersebut yang bukan isteri dia dan takde rasa sayang pada isteri sendiri? Niat mahu menjadikan isteri kedua tapi terlalu banyak halangan. Suami kadang2 hubungi gadis tersebut untuk tanya khabar. 3. Berdosakah suami yang bernikah dengan bekas isteri demi nak tengok anak2 gembira sedangkan suami dan isteri langsung tak rasa bahagia dan saling pendam perasaan? Terima kasih |
File Upload: |
Salam Puan Hafizah.
1. Semua orang berdosa; suami, isteri, anak-anak dan kita semua berdosa.. itulah hakikatnya.. Op, sori puan..
Dalam kes ini, suami tidak sepatutnya bersikap sedemikian rupa. Inilah yang dikatakan pengorbanan, pengorbanan memerlukan kesungguhan dan daya usaha. Berusahalah untuk menerima hakikat sebagai suami yang bertanggungjawab untuk sedia menerima isteri dan anak-anak. Saya yakin, jika dia jujur pada perkahwinan, ikhlas menerima takdir Tuhan, dia pasti dapat mengubat kelukaan hatinya. usah terlalu dibuai rasa marah, benci dan dendam, itukan tidak baik.
2. Itu normal bagi lelaki, bersikap 'poligami'; suka pada yang lebih daripada satu. Jika benar dia mencintai gadis berkenaan, buatlah secara halal. Carilah jalan untuk menikahinya dengan jalan yang betul. tak baik bermain cinta kerana bimbang terjebak dalam maksiat. (Pintu maksiat sentiasa terbuka..)
3. Berdosa kerana kita tidak redha pada ketentuan Allah. Bawalah bersabar dan renung pada kelemahan diri. Tentu banyak yang terkurang kita di sisi Allah.
Wallahuaklam.
Visitor IP: 110.159.61.54
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.