Soalan: Tiada Niat
Nama*: | Ismail |
Tajuk*: | Tiada Niat |
Pertanyaan*: | Salam Ustaz
Saya ada menyanyi lagu milik seorang penyanyi dulu...Lagu itu berbunyi begini "Buka mata kau telah hilang,apa salahku ini?".Kemudian isteri saya terdengar lalu bertanya kepada saya "Lagu apa tu bang?...macam pelik jer,tak pernah dengar pun".Saya pun menjawab "Lagu ni ada dulu,penyanyi lama nyanyikan".
Ustaz....Jatuh lafaz atau tidak situasi diatas? Saya tidak ada niat |
Jawapan: | |
Salam
Nyanyian adalah lagu untuk hiburan, kenapa perlu dikaitkan dengan cerai.. Masalah di sini ialah diri anda sendiri. Anda menjadi pelik dengan sebab pemikiran dan pembawaan diri yang telah terpengaruh dengan was-was syaitan..
tk
Visitor IP: 60.52.64.208
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.