Soalan: Buka pintu rumah ketika magrib
Nama*: | Meon |
Tajuk*: | Buka pintu rumah ketika magrib |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum.. Saya ada pergi rumah mertua. Ketika magrib saya menutup pintu kerana syaitan berkeliaran dan akan memasuki rumah yg tidak tutup pintu. Saya tutup kemudian mak mertua kata panas, jgn tutup. Saya sudah ckp tentang syaitan akan masuk rumah tetapi dia tidak endahkan saya. Tiap kali saya datang rumahnya, waktu magrib pintu rumah dibuka seluas luasnya, walaupun pintu belakang rumah. Dia juga pernah berbual di telefon selama setengah jam bermula awal magrib di luar rumah. Saya ada baby umur 9bulan, jadi risau terkena gangguan. Perlukah saya menegurnya? Dan bagaimanakah caranya?
Terima kasih ustaz.. |
Jawapan: | |
Salam
Bimbing emak mertua untuk solat, bawa dia solat berjemaah. Bimbing dia dengan agama dan kehidupan yang baik soleh sejahtera...
Benda syaitan tu, dia tak nampak sebab tu dia tak kisah.. he he...
tk
Visitor IP: 124.13.45.205
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.