Soalan: Ragu-ragu jatuh ke tidak?
Nama*: | Insan lemah |
Tajuk*: | Ragu-ragu jatuh ke tidak? |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum ustaz...
Sy ada tabiat pelik selalu bercakap sorang diri..
Sy pernah terlafas c****( lafas soreh) sorg diri
tetapi sy tidak pasti sama ada, Ada ke tidak sebutan lafaz soreh keluar dr mulut atau pun hanya pegerakan bibir Dan lidah sahaja.walaupun baru beberapa saat berlaku sy tidak mampu mengingati Ade ke tidak lafas kelua drp mulut sy.
Mula-mula sy yakin tidak ade lafaz yg keluar dr mulut sy..kemudian timbul perasan ragu-ragu.
Lama kelamaan sy jd risau bingung dan rasa bersalah...
Sy Dan isteri tiada apa-apa masalah rumah tangga...
sy bena-bena, ragu-ragu...bila difikir-fikirkan semula seperti tiada..tetapi sy was-was...
Mohon pencerahan ustaz... |
Jawapan: | |
Salam
Masalahnya ada pada diri saudara. Kena hilangkan penyakit was-was.. Ubahlah segera. Ia menyusahkan hidup saudara.
Jika kaliamh cerai tanpa niat, ia sekadar terpacul sebegitu, ia tidaklah terjadinya cerai. Kitu pada situasi
..tk
Visitor IP: 115.164.85.173
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.