Nama*: | eisha |
Tajuk*: | suami lafaz taklik bersyarat |
Pertanyaan*: | assalamualaikum.. Maaf jika soalan saya terlalu panjang,tetapi saya sangat keliru sekarang..hujung thn lps saya dpt tahu suami curang dengan saya,dan kami bergaduh dalam whatsapp..mungkin suami serabut dengan leteran saya dan dia menghantar whatsapp pada saya berbunyi begini.."ok,kalau untuk puaskan hati awk,lepas ni kalau saya buat lagi jatuh talak",ok ke macam tu?".. Lepas pada tu,saya belum ada dengar lagi dia curang semula,cuma baru2 ni ada perempuan mengganggu saya,dan mengatakan yang dia mencari suami saya lama dah.perempuan itu adalah perempuan yg suami putuskan hub hujung tahun lepas,dan baru ini sahaja timbul.saya merasa was-was dan tidak percayakan suami saya sama ada dia memang menghubungi semula perempuan itu atau tidak. Tapi apabila saya bertanya padanya dia menafikan bahawa dia dah tak pernah jumpa perempuan itu setelah dia lafaz taklik..sedangkan perempuan itu beritahu saya suami saya ada menghubungi nya baru2 ini.jadi saya keliru,saya takut sudah terjatuh talak dari apa yang suami lafazkan,masalah di sini suami tidak mengaku,dan saya hendak rujuk kes ini ke majkamah,tetapi suami tidak mahu ke mahkamah kerana katanya dia dah tak pernah curang lagi selepas lafaz taklik dan untuk apa dia hendak ke mahkmah..apa yang harus saya buat sekarang.saya sangat buntu.mohon penjelasan dari pihak tuan.terima kasih tak terhingga saya ucapkan atas balasan mesej ini. |
Jawapan: |
Taklik itu dikira sah. Sebarang pelanggaran taklik akan menjatuhkan talak.
Puan kena terima pengakuan suami bahawa dia belum curang.
Namun jika ada bukti yang sahih, gambar atau video, ia boleh dijadikan bukti kecurangan suami dan ia akan menjatuhkan talak. Jika sekadar aduan perempuan berkenaan, ia tidaklah sahih dan valid.
tk
Visitor IP: 183.171.81.255
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.