Soalan 2: permasalahan zihar
Nama*: | sanusi |
Tajuk*: | permasalahan zihar |
Pertanyaan*: | slm ustaz, ketika awal perkahwinan dahulu iaitu 15tahun lepas saya dan isteri ada bercakap cakap pasal rambut dia. dia tanya pasal jenis rambut dia, jadi saya cakap -*macam rambut mak saya. saya hanya maksudkan jenisnya iaitu tak pasti samada kerinting atau ikal mayang. jatuh hukum zihar tak. niat saya hanya nak bgtau jenis yg sama. tiada maksud menghina isteri pun.
kalau jatuh hukum zihar mcmana status anak saya. dah 2 org dah. bersekolah dah. dulu saya yakin tak berlaku zihar cumanya saya teringat benda ni lg secara tiba tiba |
Jawapan: | |
Salam
Ia tidak bermaksud zihar. Zihar itu menyamakan isteri dengan mahram dengan niat berzihar atau niat menjatuhkan kehormatakn diri isteri.
tk
Visitor IP: 219.92.114.126
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.