Saturday, May 19, 2018

Soalan: Puasa

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (9 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Wan fatimah
Tajuk*:Puasa
Pertanyaan*:Assalamu'alaikum ustaz, saya nak tanya, saya ada baca yang 'berlebihan dalam istinjak ketika puasa akan menyebabkan batal puasa sekiranya termasuk jari atau air'. Apa yang dimaksudkan berlebihan ustaz?

Sebab saya biasa basuh banyak kali sama ada buang air besar atau kecil.
Saya juga seorang yang keluar lendir dari faraj. Jadi, saya akan basuh banyak kali. Batalkah puasa jika jari/ perut jari/ air termasuk sedikit pada rongga faraj tersebut. Saya jadi takut pulak nak istinjak masa puasa. Begitu juga buang air besar, kalau tersilap memasukkan balik najis. Maaf jika soalan saya macam ni.

Ustaz, kalau :
-sisa hingus, ludah termasuk balik selepas kita menghembus/ meludah
- air liur dibibir atau celah-celah bibir
- air bekas kumuran dalam mulut.
- air dibibir semasa membasuh muka
- kahak/ hingus masuk balik ketika batuk kali kedua.
Semua kat atas tu takpe kan ustaz.
Maaf ustaz, baru- baru ini saya diserang penyakit was-was, setiap kali ada air liur atau air di mulut, saya akan keringkannya. Kadang- kadang menyusahkan bila bercakap dan mengaji. Begitu juga dengan batuk. Boleh ustaz bagi kata nasihat.

Terima kasih.
Jawapan:
Salam

Puasa boleh terbatal jika dengan sengaja berlebihan ketika wuduk, contohnya basuh hidung sampai 5 kali, dan air termasuk ke dalam hidung pada basuhan ke lima itu, maka ia membatalkan puasa .Jika basuh tiga kali sahaja dan dengan tidak sengaja air termasuk ke dalam hidung, ia tidaklah membatalkan puasa.

Basuh berak, pastikan sampai bersih. JIka ada lendiran keluar, basuhlah sehingga habis. dan jika menjadi kebiasaan perlu mengorek sedikit ke dalam saluran, ia dibenarkan pada tahap sedikit sahaja..
usah berlebihan kerana dibimbangi terbatal puasa.

ia dimaafkan.. cuma jangan berlebihan..

Usah dilayan dengan was-was ia hanya akan menyusahkan hidup puan..

tk


tk

Visitor IP: 175.145.84.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA