Soalan: Mandi hadas
Nama*: | Imah |
Tajuk*: | Mandi hadas |
Pertanyaan*: | Assalamu'alaikum ustaz, saya nak tanya masa mandi wajib jika kita kata dalam hati/ mulut, bahagian atas badan dah siap, nanti lepas basuh bahagian bawah , siap. Kalau lepas basuh bahagian bawah, kita basuh bahagian lain pula untuk ratakan air macam mana ustaz.? Kena sambung niat balik ke?
Adakah dengan mengatakan dalam hati/ mulut mandi wajib kita selesai/siap/seumpamanya akan menyebabkan kita perlu mandi sekali lagi jika masih ingin meratakan air di badan? Maknanya kita tak yakin air rata lagi tapi dah cakap dalam hati/ mulut dah siap. Boleh kah kita teruskan saja mandi kita.. Tak perlu niat sambung balik.?
Terima kasih. |
Jawapan: | |
Salam
Mandi hadas besar cukup dengan meratakan air ke seluruh tubuh badan. rongga mulut bukanlah termasuk yang wajib dibasuh.
Yang penting ada niat dan ratakan air.. itu sahja.. yang lain tu kerana kejahilan kita semata-mata..
tk
Visitor IP: 175.142.84.113
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.