Soalan 1: TIDAK PASTI SAMA ADA TERLAFAZ TALAK ATAU TIDAK SELEPAS BANGUN DARI TIDUR (SELEPAS BERMIMPI)
Nama*: | HAMBA ALLAH |
Tajuk*: | TIDAK PASTI SAMA ADA TERLAFAZ TALAK ATAU TIDAK SELEPAS BANGUN DARI TIDUR (SELEPAS BERMIMPI) |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya satu soalan.
Ketika sedang tidur saya bermimpi melihat rakan sedang bergaduh dengan isterinya. Saya ada menyebut kan sesuatu kepada rakan saya. Tidak silap saya.saya ada menyebut "cerai isteri" di dalam mimpi tersebut.
Tiba-tiba saya terbangun dari tidur.Tapi saya tidak pasti sama ada saya ada melafazkan perkataan tersebut atau tidak ketika saya bangun dari tidur. Tetapi perkara itu memang diluar kawalan saya ustaz maksudnya selepas bangun dari tidur saya berasa was-was sama ada ada tersebut perkataan "cerai isteri" ketika bangun dari tidur atau sedang tidur.
Terima Kasih
Hamba Allah |
Jawapan: | |
Salam
Mimpi tu mimpilah. ia tiada kaitan dengan isteri yang hidup di sebelah anda.. he he..
tk
Visitor IP: 42.153.42.26
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.