Friday, May 18, 2018

Soalan 2: talak

Nama*:syawal
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:slm ustaz,

saya ada terbaca soal jawab ustaz sebelum ni yg bgtau talak perbuatan/ isyarat hanya utk org bisu dan tidak boleh bercakap.

1. kerap berlaku pada saya apabila terniat cerai kadangkala tangan menunjuk kepada isteri tetapi saya tidak lafaz.

2. kadangkala takut nak tahiyat dlm solat sebab kerap sgt terlintas niat cerai/ berkata kata dlm hati seolah olah menunjuk jari kedepan itu sebagai simbol talak satu.

boleh kah saya anggap tiada apa apa berlaku dengan menggunakan kenyataan ustaz bahawa talak hanya berlaku dengan berlafaz sahaja? oleh sebab saya boleh berkata kata bukannya cacat.

jawapan ustaz dpt menyakinkan saya. selamat menjalani ibadah puasa. saya doakan ustaz berbahagia dunia akhirat dan harap ustaz doakan saya juga. slm
Jawapan:
Salam

Masalah di sini ialah penyakit yang ada dalam diri saudara. Kenapa hendak dikaitkan semua perkara dengan cerai. Ubahlah penyakit keraguan itu. Ubatilah segera. Ia punca masalah besar dalam hidp anda.

tk

Visitor IP: 175.137.28.87

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA