Thursday, May 31, 2018

Soalan: talak

Nama*:hamba allah
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:aslmualaikum

masa saya sedang membaca artikel tentang penceraian tiba tiba anak menegur saya 'ayah dah solat ke?' saya jawab 'dah' tak pasti serentak dengan jawapan atau selepas menjawab tiba tiba hati berkata 'dah bercerai'. saya yakin itu bukan niat qasad saya. perlukah saya ambil berat niat itu atau abaikan sahaja? adakah jawapan 'dah' itu sebahagian lafaz kinayah?
Jawapan:
Salam

Ia tidak ada kaitan dengan talak..

tk


Visitor IP: 219.92.111.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 30, 2018

Soalan 1: TIDAK PASTI SAMA ADA TERLAFAZ TALAK ATAU TIDAK SELEPAS BANGUN DARI TIDUR (SELEPAS BERMIMPI)

Nama*:HAMBA ALLAH
Tajuk*:TIDAK PASTI SAMA ADA TERLAFAZ TALAK ATAU TIDAK SELEPAS BANGUN DARI TIDUR (SELEPAS BERMIMPI)
Pertanyaan*:Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin bertanya satu soalan.

Ketika sedang tidur saya bermimpi melihat rakan sedang bergaduh dengan isterinya. Saya ada menyebut kan sesuatu kepada rakan saya. Tidak silap saya.saya ada menyebut "cerai isteri" di dalam mimpi tersebut.

Tiba-tiba saya terbangun dari tidur.Tapi saya tidak pasti sama ada saya ada melafazkan perkataan tersebut atau tidak ketika saya bangun dari tidur. Tetapi perkara itu memang diluar kawalan saya ustaz maksudnya selepas bangun dari tidur saya berasa was-was sama ada ada tersebut perkataan "cerai isteri" ketika bangun dari tidur atau sedang tidur.

Terima Kasih

Hamba Allah
Jawapan:
Salam

Mimpi tu mimpilah. ia tiada kaitan dengan isteri yang hidup di sebelah anda.. he he..

tk

Visitor IP: 42.153.42.26

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: hukum

Nama*:mohd faiz
Tajuk*:hukum
Pertanyaan*:aslm ustaz. saya selalu bercakap dalam hati kalau berlaku sesuatu perkara akan terjatuh talak. kadang kala perkara tersebut terjadi dan ada kala tidak berlaku. boleh jadi taklik kah? semuanya dalam hati. tidak berlafaz.

slm
Jawapan:
Salam

Talak tidak terjadi, melainkan dengan lafaz yang terang dan jelas.. tk

Visitor IP: 60.53.115.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: gambar

Nama*:fahmi
Tajuk*:gambar
Pertanyaan*:assalamualaikum,

ustaz jatuh hukum talak tak apabila suami terlihat gambar isteri dan menyebut dalam hati 'bukan isteri aku'...?

terima kasih
Jawapan:
Salam.


Ia tidak menjatuhkan talak..


tk
Visitor IP: 183.78.47.109

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 29, 2018

Soalan: Soal Talak

Nama*:sweety
Tajuk*:Soal Talak
Pertanyaan*:Assalamualaikum..baru2 ni suami ada ugut saya..jika saya jumpa dengan lelaki tu jatuh talak 1..pesoalannye adakah jatuh talak itu jika saya bejumpa lelaki itu
Jawapan:
Salam

Bila isteri melanggar taklik yang dibuat suami, maka jatuhlah talak satu ke atas puan.

tk

Visitor IP: 210.186.65.204

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah ini lafaz talak?

Nama*:Faizal
Tajuk*:Adakah ini lafaz talak?
Pertanyaan*:Assalam Ustaz. Lps bergaduh dgn isteri dlm kereta. Kemudian isteri masuk ke rumah. Saya yg masih marah dlm kereta sendirian terlepas ckp "Kalau macam ni lebih baik bercerai". Saya takda niat ape2 selain terlepas geram sngt masa tu, Uztaz.

Adakah tu lafaz talak, Ustaz?
Jawapan:
Salam

Ia tidak dikira talak lagi.. masih berkalau-kalau...

tk
Visitor IP: 183.171.94.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 28, 2018

Soalan: Mandi hadas

Nama*:Imah
Tajuk*:Mandi hadas
Pertanyaan*:Assalamu'alaikum ustaz, saya nak tanya masa mandi wajib jika kita kata dalam hati/ mulut, bahagian atas badan dah siap, nanti lepas basuh bahagian bawah , siap. Kalau lepas basuh bahagian bawah, kita basuh bahagian lain pula untuk ratakan air macam mana ustaz.? Kena sambung niat balik ke?

Adakah dengan mengatakan dalam hati/ mulut mandi wajib kita selesai/siap/seumpamanya akan menyebabkan kita perlu mandi sekali lagi jika masih ingin meratakan air di badan? Maknanya kita tak yakin air rata lagi tapi dah cakap dalam hati/ mulut dah siap. Boleh kah kita teruskan saja mandi kita.. Tak perlu niat sambung balik.?

Terima kasih.
Jawapan:
Salam

Mandi hadas besar cukup dengan meratakan air ke seluruh tubuh badan. rongga mulut bukanlah termasuk yang wajib dibasuh.

Yang penting ada niat dan ratakan air.. itu sahja.. yang lain tu kerana kejahilan kita semata-mata..

tk

Visitor IP: 175.142.84.113

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was-was niat

Nama*:hamzah
Tajuk*:was-was niat
Pertanyaan*:salam bagaimana saya nak lawan was2 niat ketika mandi hadas? jika saya pada mula nak berniat tapi bermacam2 bisikan yg datang menganggu..sye risau niat tak sah sebabkan bisikan2 itu..apa perlu saya lakukan ustaz untuk tenang laksanakan mandi hadas ini?? terima kasih..salam
Jawapan:
Salam

Tak perlu was-was, niat itu tak perlu diragukan. kerana bila kita masuk ke bilik air, memang kita nak mandi hadas besar. maka itu sahaja sudah cukup dikatakan NIAT...

usah leka dipermainkan syaitan.

tk

Visitor IP: 123.136.107.223

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: ingin kepastian

Nama*:azi
Tajuk*:ingin kepastian
Pertanyaan*:asslkm ustd lafaz tklik tnpa pgthuan istri adkh sah?
skrnya suami lfaz sndri kta klau dia brfoya2 tp dia mlngar...

ustad soalan di atas yg sy tnya hrtu tu adkh trjdi klau sy tnya shaja..tp benda yg sy tu sy tk lakukan atu lfazkn ..
Jawapan:
Salam

Sila gunakan bahasa Melayu dengan baik dan sempurna. Sayangilah bahasa anda, jika anda sendiri merosakkan bahasa anda, siapa lagi yang mahu menjaga bahasa ini?

tk


Visitor IP: 107.167.112.80

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 27, 2018

Soalan: Buka pintu rumah ketika magrib

Nama*:Meon
Tajuk*:Buka pintu rumah ketika magrib
Pertanyaan*:Assalamualaikum.. Saya ada pergi rumah mertua. Ketika magrib saya menutup pintu kerana syaitan berkeliaran dan akan memasuki rumah yg tidak tutup pintu. Saya tutup kemudian mak mertua kata panas, jgn tutup. Saya sudah ckp tentang syaitan akan masuk rumah tetapi dia tidak endahkan saya. Tiap kali saya datang rumahnya, waktu magrib pintu rumah dibuka seluas luasnya, walaupun pintu belakang rumah. Dia juga pernah berbual di telefon selama setengah jam bermula awal magrib di luar rumah. Saya ada baby umur 9bulan, jadi risau terkena gangguan. Perlukah saya menegurnya? Dan bagaimanakah caranya?
Terima kasih ustaz..
Jawapan:
Salam

Bimbing emak mertua untuk solat, bawa dia solat berjemaah. Bimbing dia dengan agama dan kehidupan yang baik soleh sejahtera...

Benda syaitan tu, dia tak nampak sebab tu dia tak kisah.. he he...

tk


Visitor IP: 124.13.45.205

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tiada Niat

Nama*:Salleh
Tajuk*:Tiada Niat
Pertanyaan*:Assalamualaikum Ustaz


1/. Saya beritahu pada adik saya (adik perempuan) bila dia kahwin nanti, dapat anak perempuan bagi nama "Siti Nur Jag Binti Omar". Sepatutnya saya nak cakap "Binti Sipolan" tetapi saya tersebut "Binti Omar". Omar itu nama Bapa kami.

2/. Saya berkata pada mak saya "Mak, saya dengan Ali (anak saya) macam abang dengan adik". Kemudian saya bergurau dengan adik perempuan saya sambil berkata "Ani (adik saya) dengan Ali (anak saya) macam mak dengan anak".


Adakah kedua - dua situasi diatas dikira Zihar, Ustaz? Saya benar2 tiada niat zihar.
Jawapan:
Salam

1. Tak ada isu apa pun di sini, apa yang hendak dijawab..

2. Ia tidak ada masalah juga..

zihar tidak terjadi..


Boleh google tentang zihar dan fahami perkara ini sejelasnya..

tk

Visitor IP: 60.48.167.3

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Aku lepaskan kau

Nama*:Shah
Tajuk*:Aku lepaskan kau
Pertanyaan*:Salam ustaz. Mohon maaf ganggu ustaz malam2 ni..
Tadi sebelum tidur saya bertanya pada isteri saya adakah dulu saya pernah lafazkan "aku lepaskan kau."
Jatuh talak tak sebab ucapan tu? Sedangkan saya bukan niat talak, saya cuma nak tanya jika lafaz tu pernah saya ucapkan dulu.
Mohon pertolongan dan penjelasan ustaz.
Jawapan:
Salam

Tidak jatuh talak.. tk

Visitor IP: 183.171.120.217

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 26, 2018

Soalan: ingin kepastian

Nama*:azi
Tajuk*:ingin kepastian
Pertanyaan*:asslkm ustd lafaz tklik tnpa pgthuan istri adkh sah?
skrnya suami lfaz sndri kta klau dia brfoya2 tp dia mlngar adkah jth t***?tnpa pengetahuan isteri..
Jawapan:
Salam

Jika taklik berkaitan dengan isteri, maka isteri kena tahu dan dengar.

Tapi taklik untuk diri sendiri, ia adalah janji dan ia adalah sah taklik berkenaan. seperti kes di atas, ia adalah taklik dan sah. oleh itu suami tidak boleh melanggar taklik yang dibikinkan sendiri.

tk

Visitor IP: 107.167.103.228

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, May 24, 2018

Soalan: talak

Nama*:nisa
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:assalm ustaz, sah ke talak bila suami ckp kpd saya
'aku nak cerai! aku nak khulu!'
Jawapan:

Salam

Ia tidak jatuh talak kerana masih ada kalimah NAK cerai.. NAK itu belum pasti jadinya..

tk
Visitor IP: 183.78.47.219

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 21, 2018

Soalan: Mahu Kepastian


Nama*:Harun
Tajuk*:Mahu Kepastian
Pertanyaan*:Assalamualaikum Ustaz


Saya nak bertanya :

1/. Jika lafaz dalam hati sambil mengeluarkan suara garau seolah - olah meneran sedangkan mulut tertutup rapat.

2/. Jika lafaz dalam hati sambil mengeluarkan nafas yang kuat sedangkan mulut tertutup rapat.


Jatuh lafaz atau tidak dengan keadaan sebegitu, Ustaz? Si Suami tidak ada niat.
Jawapan:
Salam

Penyakit was-was adalah sukar hendak diubat. Namun anda perlu gigih untuk mencari penawawrnya.

Belajarlah sedikit ilmu fiqh esp ilmu nikah kahwin agar anda yakin dengan ilmu dan tahu hukum hakamnya...

Lafaz talak hendaklah dibuat dengan terang dan jelas, ia seperti lafaz terima akad nikah, yang perlu terang dan jelas...

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: silap cakap


Nama*:muhd
Tajuk*:silap cakap
Pertanyaan*:slm

ustaz saya tercakap
aku talak dua je
sebenarnya nak cakap
aku rakaat dua je
(solat terawih dua rakaat je)

boleh jatuh talak soreh ke?
tk
Jawapan:
salam

Ia tidak menjatuhkan talak..

tk

Visitor IP: 175.137.28.87

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 2: talak/ ramadhan


Nama*:sofian
Tajuk*:talak/ ramadhan
Pertanyaan*:assalamualaikum tuan,
soalan talak isyarat/perbuatan
- siapa yg boleh menggunakan talak isyarat/ perbuatan?
- perlukah ada saksi? sebab talak lafaz tidak perlukan saksi
- sahkah talak isyarat/perbuatan sekiranya saksi/ isteri tidak faham, hanya suami yang faham?
- adakah talak isyarat/perbuatan bagi orang boleh bercakap masih dalam khilaf ulama?

soalan ramadhan
- bolehkah seseorang solat witir berimamkan imam sedang solat terawih/ imam sedang mengimamkan solat terawih?
- sekiranya suami hilang sumber pendapatan, bolehkah isteri membayar zakat fitrah untuk suami dan anak anak?
- bolehkah suami meminjam wang untuk membayar zakat fitrah?

selamat berpuasa
wasalam
Jawapan:
1. wallahuaklam

2. solat witir boleh berimamkan solat tarawih
 boleh dibayarkan zakatnya
pinjam wang bayar zakat boleh, asalakan dia berkemampuan untuk bayar balik selepas itu..

tk



Visitor IP: 115.132.126.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak kinayah


Nama*:hamba allah
Tajuk*:talak kinayah
Pertanyaan*:assalamualaikum ustad awak kurang ngerti maksud niat dalam talaq kinayah apa kah lintasan hati di kira niat contoh di saat awak ucap talak kinayah di dalam hati ada lintasan cerai tapi awak tak niat macam tu awak tu lantaran emosi aja saat tu mohon penjelasan nya ustaz
Jawapan:
Salam

mohon maaf, saya tidak dapat menjawab soalan ini.. kurang jelas.

tk

Visitor IP: 114.125.57.233

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Dilema


Nama*:Ida
Tajuk*:Dilema
Pertanyaan*:Assalam ustaz..

Perlukan saya berbaik dgn suami yg memandang buruk isteri & keluarga isteri atas alasan keluarga isteri lebih-lebih lagi ibunya yg ikut campur masalah rumah tangga?

Ibu byk membantu semasa suami & saya perlukan pertolongan. Cuma suami tak suka dengan cara percakapan Ibu saya yg berlebihan.

Mohon ustaz jelaskan. Tk.
Jawapan:
Kembali bertaut adalah usaha ke arah membahagiakan rumah tangga.

Cuba berjauhan daripada keluarga, jika benar keluarga selalu campur tangan urusan famili..

tk

Visitor IP: 175.144.189.20

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 20, 2018

Soalan: Niat


Nama*:Imah
Tajuk*:Niat
Pertanyaan*:Assalamu'alaikum ustaz.
Semasa melakukan ibadat terlintas perkataan
1.' Aku tak solat' semasa bersolat
2. 'Aku tak puasa' masa berpuasa
3.'aku tak wudhuk' masa berwudhuk
4. 'Aku tak mandi wajib' semasa melakukan mandi wajib.

Dan lagi lintasan hati lain yang memutuskan niat.
Adakah ibadat saya batal?
Bolehkah kalau saya mengabaikannya ustaz?

Terima kasih ustaz
Jawapan:
Salam

Usah dilayan lintasan seperti itu. Ia menyusahkan hidup anda. orang lain senang je nak ibadah, kenapa anda menjadi sukar dan payah.. tentunya kerana masalah dalam diri sendiri.

Elakkan melayan lintasan hati seperti itu.

tk

Visitor IP: 175.145.84.69

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tentang Zihar

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (6 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Dahlan
Tajuk*:Tentang Zihar
Pertanyaan*:Salam Ustaz


Saya beritahu pada Isteri saya yang saya nak hantar anak ke rumah mak (mak saya) pada minggu hadapan.Mak saya setuju untuk jaga anak saya.Kemudian saya beritahu pada Isteri saya lagi, "Hari Ahad ni kita hantar anak kat rumah Ma (mak mertua saya)".Saya tersebut Ma (panggillan mak mertua saya),sepatutnya saya sebut Mak (panggillan mak saya) tetapi saya tersasul tersebut Ma.


Adakah itu Zihar, Ustaz?
Jawapan:
Salam

Ia tidaklah dikira zihar..

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tentang talaq

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (7 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:hamba allah
Tajuk*:tentang talaq
Pertanyaan*:assalamualaikum ustaz nak tanya ustaz di saat saya ber ucap talaq kinayah ada lintasan hati cerai tapi saya tiada niat macam tu apa kah lintasan hati macam tu dah di kira niat ustaz mohon jawaban nya ustaz makasih.
Jawapan:
Salam

Cerai perlukan lafaz yang jelas. Bila sudah lafaz itu jelas, maka niat itu akan termasuk sekali dengan maksud ucapan cerai..

jika lintasan hati pada lafaz kinayah, ia bukan suatu yang kukuh untuk mengatakan terjadinya cerai.
tk

Visitor IP: 182.1.31.168

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 19, 2018

Soalan: talak taklik

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (8 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:puan
Tajuk*:talak taklik
Pertanyaan*:saya ada bertanya sesuatu berulang kali lalu suami saya berkata " kalau kau tanya lagi pasal ini aku cakap . maksud cakap tu talak tp dia tidak lafazkan tetapi apabila saya tanya dia cakap tu adakah maksudkan talak atau cerai ? suami ckp tak ada niat cerai / talak . adakah itu talak taklik ?
Bagaimana kalau saya tanya lagi , adakah talak jatuh ?
Jawapan:
Salam

Usah bergaduh dengan suami, kalau suami tidak suka, faham je la.. ikutlah apa yang dia tak suka tu..

dalam kes ini, suami tidak sebut talak, so, ia tidaklah dikira taklik

tk

Visitor IP: 2001:d08:2101:cf20:854b:a316:15c4:8603

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Puasa

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (9 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:Wan fatimah
Tajuk*:Puasa
Pertanyaan*:Assalamu'alaikum ustaz, saya nak tanya, saya ada baca yang 'berlebihan dalam istinjak ketika puasa akan menyebabkan batal puasa sekiranya termasuk jari atau air'. Apa yang dimaksudkan berlebihan ustaz?

Sebab saya biasa basuh banyak kali sama ada buang air besar atau kecil.
Saya juga seorang yang keluar lendir dari faraj. Jadi, saya akan basuh banyak kali. Batalkah puasa jika jari/ perut jari/ air termasuk sedikit pada rongga faraj tersebut. Saya jadi takut pulak nak istinjak masa puasa. Begitu juga buang air besar, kalau tersilap memasukkan balik najis. Maaf jika soalan saya macam ni.

Ustaz, kalau :
-sisa hingus, ludah termasuk balik selepas kita menghembus/ meludah
- air liur dibibir atau celah-celah bibir
- air bekas kumuran dalam mulut.
- air dibibir semasa membasuh muka
- kahak/ hingus masuk balik ketika batuk kali kedua.
Semua kat atas tu takpe kan ustaz.
Maaf ustaz, baru- baru ini saya diserang penyakit was-was, setiap kali ada air liur atau air di mulut, saya akan keringkannya. Kadang- kadang menyusahkan bila bercakap dan mengaji. Begitu juga dengan batuk. Boleh ustaz bagi kata nasihat.

Terima kasih.
Jawapan:
Salam

Puasa boleh terbatal jika dengan sengaja berlebihan ketika wuduk, contohnya basuh hidung sampai 5 kali, dan air termasuk ke dalam hidung pada basuhan ke lima itu, maka ia membatalkan puasa .Jika basuh tiga kali sahaja dan dengan tidak sengaja air termasuk ke dalam hidung, ia tidaklah membatalkan puasa.

Basuh berak, pastikan sampai bersih. JIka ada lendiran keluar, basuhlah sehingga habis. dan jika menjadi kebiasaan perlu mengorek sedikit ke dalam saluran, ia dibenarkan pada tahap sedikit sahaja..
usah berlebihan kerana dibimbangi terbatal puasa.

ia dimaafkan.. cuma jangan berlebihan..

Usah dilayan dengan was-was ia hanya akan menyusahkan hidup puan..

tk


tk

Visitor IP: 175.145.84.61

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak taklik

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (10 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:iqa
Tajuk*:talak taklik
Pertanyaan*:salam ustaz,

Pertanyaan*: salam ustaz ,
1. kalau suami cakap balik lah kau ke kampung , nanti aku belikan tiket balik . tapi bila saya tanya dia cakap tiada niat cerai . jatuhkah talak ?

2 . selepas itu , saya tanya balik hal ini berulang kali lalu suami saya berkata " kalau kau tanya lagi pasal ini aku cakap . maksud cakap tu talak tp dia tidak lafazkan tetapi apabila saya tanya dia cakap tu adakah maksudkan talak atau cerai ? suami ckp tak ada niat cerai / talak . adakah itu talak taklik ?
Jawapan:
Salam

1. Tiada niat cerai, tidaklah terjadi talak.

2. Ok, usah diulang pertanyaan itu. ia menimbilkan kemarahan suami.. kena akur.

tk

Visitor IP: 113.210.47.114

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 18, 2018

Soalan: Talak

Nama*:Dila
Tajuk*:Talak
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz..

Sy bergaduh dgn suami memalui aplikasi whatsapp..suami ada menulis 'kau berambus dari hidup aku' kepada sy..

Soalan sy, adakah itu termasuk dlm lafaz kinayah? Adakah jatuh talak pada sy?
Jawapan:
Salam

Kinayah.. JIka ada niat cerai, maka terjadilah talak..

pastikan daripada suami.. tk

Visitor IP: 2402:1980:141:9d59:4151:ba2:a70d:976c

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ragu-ragu jatuh ke tidak?

Nama*:Insan lemah
Tajuk*:Ragu-ragu jatuh ke tidak?
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz...

Sy ada tabiat pelik selalu bercakap sorang diri..

Sy pernah terlafas c****( lafas soreh) sorg diri
tetapi sy tidak pasti sama ada, Ada ke tidak sebutan lafaz soreh keluar dr mulut atau pun hanya pegerakan bibir Dan lidah sahaja.walaupun baru beberapa saat berlaku sy tidak mampu mengingati Ade ke tidak lafas kelua drp mulut sy.

Mula-mula sy yakin tidak ade lafaz yg keluar dr mulut sy..kemudian timbul perasan ragu-ragu.

Lama kelamaan sy jd risau bingung dan rasa bersalah...
Sy Dan isteri tiada apa-apa masalah rumah tangga...

sy bena-bena, ragu-ragu...bila difikir-fikirkan semula seperti tiada..tetapi sy was-was...

Mohon pencerahan ustaz...
Jawapan:
Salam

Masalahnya ada pada diri saudara. Kena hilangkan penyakit was-was.. Ubahlah segera. Ia menyusahkan hidup saudara.

Jika kaliamh cerai tanpa niat, ia sekadar terpacul sebegitu, ia tidaklah terjadinya cerai. Kitu pada situasi

..tk


Visitor IP: 115.164.85.173

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 2: talak

Nama*:syawal
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:slm ustaz,

saya ada terbaca soal jawab ustaz sebelum ni yg bgtau talak perbuatan/ isyarat hanya utk org bisu dan tidak boleh bercakap.

1. kerap berlaku pada saya apabila terniat cerai kadangkala tangan menunjuk kepada isteri tetapi saya tidak lafaz.

2. kadangkala takut nak tahiyat dlm solat sebab kerap sgt terlintas niat cerai/ berkata kata dlm hati seolah olah menunjuk jari kedepan itu sebagai simbol talak satu.

boleh kah saya anggap tiada apa apa berlaku dengan menggunakan kenyataan ustaz bahawa talak hanya berlaku dengan berlafaz sahaja? oleh sebab saya boleh berkata kata bukannya cacat.

jawapan ustaz dpt menyakinkan saya. selamat menjalani ibadah puasa. saya doakan ustaz berbahagia dunia akhirat dan harap ustaz doakan saya juga. slm
Jawapan:
Salam

Masalah di sini ialah penyakit yang ada dalam diri saudara. Kenapa hendak dikaitkan semua perkara dengan cerai. Ubahlah penyakit keraguan itu. Ubatilah segera. Ia punca masalah besar dalam hidp anda.

tk

Visitor IP: 175.137.28.87

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, May 17, 2018

Soalan: Mohon bertanya

Nama*:Wadi
Tajuk*:Mohon bertanya
Pertanyaan*:Salam Ustaz

Saya berkata-kata dalam hati atau bercakap dalam hati, saya ada menyebut perkataan "Pulak" dalam hati. Semasa saya menyebut perkataan itu (Pulak) dalam hati, pada perkataan yang hujung itu "lak" mulut saya dan bibir saya terbuka.Saya yakin cakap dalam hati dan saya tidak ada niat.


Jatuh lafaz atau tidak situasi sebegitu? Minta Ustaz jelaskan....


Terima kasih
Jawapan:

Salam

Rawatilah penyakit dalam diri anda.. was-was dan keraguan itu membunuh keyakinan diri anda.

PErhatikan, kenapa cakap benda yang lain pun hendak dikaitkan dengan talak? bukankah ia suatu kepelikan luar biasa?

tk

Visitor IP: 60.52.64.208

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tentang talaq

Nama*:hamba allah
Tajuk*:tentang talaq
Pertanyaan*:saya berumah tangga lebih kurang 25 tahun yang saya ingin tanya kan selama 25 tahun kami sering bertengkar dan saya sering nyumpahin istri bahkan ada mengata kan talak kinayah semula saya kurang mengerti tentang talak kinayah namun setelah saya mengerti saya merasa telah bersalah dan setelah saya pikir pikir karna kejadian nya sudah lama saya tidak ada niat cerai hanya emosi sesaat mohon pencerahan dan nasihat nya ustaz sebelum nya terima kasih ustaz
Jawapan:


Visitor IP: 114.125.13.76

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mohon pencerahan

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Mohon pencerahan
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,

Ada kah jatuh talak sekiranya suami menghantar whatsapp kepada isteri, aku cerai kau talak 3, ini kali aku bagi kau talak 3, sedangkan suami tidak bernit pun nak mentalak isteri
Jawapan:
Salam

Jika benar suami mengirimkan whatsapp itu, maka terjadilah talak tiga.

Kenapa tiada niat pula, sedangkan mesej yang ditulis dan dihantar membawa maksud yang jelas untuk menceraikan isteri. Maka sahlah terjadinya talak tiga...

Sila rujuk kes ini ke mahkamah.\

tk

Visitor IP: 61.6.233.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, May 16, 2018

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Ismail
Tajuk*:Tiada Niat
Pertanyaan*:Salam Ustaz


Saya ada menyanyi lagu milik seorang penyanyi dulu...Lagu itu berbunyi begini "Buka mata kau telah hilang,apa salahku ini?".Kemudian isteri saya terdengar lalu bertanya kepada saya "Lagu apa tu bang?...macam pelik jer,tak pernah dengar pun".Saya pun menjawab "Lagu ni ada dulu,penyanyi lama nyanyikan".


Ustaz....Jatuh lafaz atau tidak situasi diatas? Saya tidak ada niat
Jawapan:
Salam

Nyanyian adalah lagu untuk hiburan, kenapa perlu dikaitkan dengan cerai.. Masalah di sini ialah diri anda sendiri. Anda menjadi pelik dengan sebab pemikiran dan pembawaan diri yang telah terpengaruh dengan was-was syaitan..

tk

Visitor IP: 60.52.64.208

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 15, 2018

Soalan: Sumpah

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Sumpah
Pertanyaan*:Ali telah dituduh mencuri sedangkan dia tidak mencuri. Bagi membuktikan dia tidak bersalah , dia telah dipaksa untuk bersumpah dengan memegang al-quran.

Ali telah melakukan sumpah tersebut dengan memegang al-quran.

Nmun selepas beberapa bulan selepas itu, ditakdirkan Ali telah mencuri. Bagi kejadian pertama memang Ali tidak mencuri. Tapi kejadian kedua memang Ali mencuri. Adakah Ali telah melanggar sumpah tersebut.
Jawapan:
Sumpah itu terpakai pada pendakwaan kali pertama sahaja.

Pada kes kedua, tiada sumpah yang dibuat mungkin kerana tiada pendakwaan.. So, tiadalah dia melanggar sumpah.

Namun mencuri itu tetap haram dan berdosa besar.

usah dipandang ringan.

tk

Visitor IP: 198.50.155.77

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jumlah Talak

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Jumlah Talak
Pertanyaan*:Suami telah mesej isteri 'aku ceraikan engkau,... (nama isteri) melalui kiriman mesej. Beberapa jam selepas itu semasa masih lagi dalam keadaan marah mereka bersembang melalui telefon. Isteri bertanya 'nanti hendak bagi berapa' (nanti itu di mahkamah untuk pengesahan lafaz di mahkamah). Suami membalas 'kalau boleh hendak bagi 3". Adakah telah dikira talak 1 dalam mesej awal tersebut makanya yang soalan/pertanyaan dari isteri itu tidak dikira?
Jawapan:
Salam

Ia masih dikira sebagai talak satu. KErana tulisan nak bagi talak tiga itu masih dalam perkiraan (KALAU BOLEH).

sila rujuk kes ini ke mahkamah.

tk

Visitor IP: 198.50.155.77

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Puan Cma
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Pertanyaan*:Saya bertengkar dengan suami sebelum tidur. Hingga suami berkata 'abg rasa kita patut hentikan semuanya'.. isteri bertanya, maksud abg, so you are going to release me? Suami jawab 'yes'.
Adakah telah jatuh talak kepada isteri?
Jawapan:
Salam

AP amaksud RELEASE? Ia terpulang kepada niat suami, jika niat suami itu ialah CERAI, maka jatuhlah talak satu. JIka ia sekadar lepas sahaja, ia tidak dikira sebagai talak lagi..

Refer kepada suami maksud sebenar..


tk
Visitor IP: 161.139.222.43

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 14, 2018

Soalan: Bertanya

Nama*:Basri
Tajuk*:Bertanya
Pertanyaan*:Assalam Ustaz


Apabila saya sudah selesai mencuci bilik mandi dirumah saya, saya berkata pada isteri saya "Fuh lega....settle (selesai) awak, (Abang) cuci semua (bilik mandi)."

Jatuh lafaz atau tidak situasi diatas Ustaz? Saya tidak ada niat.
Jawapan:
Salam

Tidaklah jatuh talak..

Masalahnya di sini ialah ANDA sendiri.. kenapa perlu dikaitkan semua perkara dengan cerai.. Masalah ini perlu ANDA atasi dan baiki.. sudah la tu...

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perlukah saya basuh cadar

Nama*:Mas
Tajuk*:Perlukah saya basuh cadar
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz...
Saya ada berjimak dgn suami..semasa bersama, kemaluan saya berasa pedih dan terasa macam nak terkencing...
Tapi saya yakin sangat yg saya dapat & sempat tahan daripada terkencing..
Soalan saya ustaz ,perlu kah saya basuh cadar tilam selepas berjimak?( Risau Kalau2 terkena air mazi)

Kalau saya betul² yakin yg saya tak terkencing semasa berjimak,perlukah saya basuh juga cadar ?
Jawapan:
Salam

Ketika berjimak, lazimnya air kencing akan terhenti dan tidak keluar. JIka keluar itulah air mani atau air pelincir bagi perempuan.. Ia tidak najis.

tk

Visitor IP: 113.210.227.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: nak tanya

Nama*:mus
Tajuk*:nak tanya
Pertanyaan*:assalamualaikum tuan, saya ada satu persoalan. jatuhkah talak apabila suami terfikir situasi cerai dan bercakap cakap dalam hati soal cerai contohnya bertanya kepada diri sendiri adakah nak bercerai atau tak di dalam hati tiba tiba menyebut/tersebut 'ya' menggunakan lidah. adakah perkataan 'ya' itu cukup untuk menjatuhkah talak sebabnya ia berlafaz? adakah ia soreh atau kinayah? jawapan ustaz boleh melegakan saya sebab saya ni kerap jadi situasi macam ni tetapi saya tak pernah sebut 'ya' itu. cuma saya takut di masa akan datang sy tersilap sebut.

tq
Jawapan:
Salam

Cerai hendaklah dilafazkan dengan terang dan jelas. Main dalam hati sahaja, ia tidak menjatuhkan talak.

Rawati penyakit anda sekarang.. ia menyusahkan hidup anda sendiri.

tk

Visitor IP: 183.78.47.11

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sumpah.

Nama*:muiz
Tajuk*:sumpah.
Pertanyaan*:slm ustaz, saya muiz yg bertanya soal sumpah pada 21april lepas. saya berkata sumpah lilahitaala di dalam hati. tadi ustaz cakap sah sumpah berkenaan. tetapi sebelum ustaz jawab saya dah tanya ustaz lain tp jawapannya sumpah walaupun ada perkataan lillahitaala perlu lafaz. dalam hati tak sah. saya risaulah ustaz.
Jawapan:
Salam

Lafaz sumpah perlulah jelas.. apa yang disumpahkan.. perlu dilafazkan baharulah sah..

Maaf mungkin saya kurang jelas soalan yang dikemukan kepada saya pada hari berkenaan.

tk

Visitor IP: 118.100.240.33

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 13, 2018

Soalan: Lafaz kinayah cerai?

Nama*:Nur
Tajuk*:Lafaz kinayah cerai?
Pertanyaan*:Salam ustaz...
Saya telah menolak ajakan suami untuk berjimak.. Suami naik angin dan berang...Kemudian suami datang kepada saya dengan keadaan yang marah dan suami berkata kepada saya "aku minta kau tak bagi, nak aku cari perempuan lain ke? ..
"pergi mampus sama kau"..!! Adakah ayat yang suami katakan tu merupakan lafaz kinayah bagi talak?..

Ayat ni :-

1. Nak ke aku cari perempuan lain? bagi tak aku cari perempuan lain? dan saya jawab "bagi".. adakah ia lafaz kinayah bagi talak?

2. Adakah ayat suami cakap "Pergi mampus sama kau.!! merupakan lafaz kinayah bagi talak? Mohon pencerahan tuan.. Terima kasih
Jawapan:
Salam

Sepatutnya ajakan suami tidak perlu ditolak, jika tanpa alasan..

Ia boleh dikaitkan dengan lafaz kinayah talak, namun bergantung niat suami, Jika suami tidak bermaksud talak, ia tidak menjatuhkan talak..

Pada saya, suami itu marah sahaja, tidak bermaksud talak pun.. kena pastikan daripada suami.

tk

Visitor IP: 113.210.227.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 2: permasalahan zihar

Nama*:sanusi
Tajuk*:permasalahan zihar
Pertanyaan*:slm ustaz, ketika awal perkahwinan dahulu iaitu 15tahun lepas saya dan isteri ada bercakap cakap pasal rambut dia. dia tanya pasal jenis rambut dia, jadi saya cakap -*macam rambut mak saya. saya hanya maksudkan jenisnya iaitu tak pasti samada kerinting atau ikal mayang. jatuh hukum zihar tak. niat saya hanya nak bgtau jenis yg sama. tiada maksud menghina isteri pun.

kalau jatuh hukum zihar mcmana status anak saya. dah 2 org dah. bersekolah dah. dulu saya yakin tak berlaku zihar cumanya saya teringat benda ni lg secara tiba tiba
Jawapan:
Salam

Ia tidak bermaksud zihar. Zihar itu menyamakan isteri dengan mahram dengan niat berzihar atau niat menjatuhkan kehormatakn diri isteri.

tk

Visitor IP: 219.92.114.126

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: zihar

Nama*:amin
Tajuk*:zihar
Pertanyaan*:assalamualaikum
ustaz, boleh jatuh hukum zihar tak begini.
isteri saya tanya saya 'abg, sama tak kaki saya bintik bintik macam mak saya?'
ia sebab mak mertua saya ada penyakit dan isteri saya beranggapan dia ada penyakit sama macam mak dia. jadi saya jawab 'ha ah'. adakah zihar di situ?

wslm
Jawapan:
Salam

Ia tidaklah dikira zihar. zihar perlukan niat untuk ZIHAR dan ia bertujuan merendahkan martabat isteri.. (menghina).

tk

Visitor IP: 183.78.47.176

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 12, 2018

Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:syamsul
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Pertanyaan*:Assalammualaikum ustaz.. Saya nak bertanya kepada ustaz. Saya ada perselisihan faham dengan isteri saya dengan perasaan marah saya telah hantar whatsapp voice berkata " elok berpisah atau bercerai lah kita ni senang, tak payah nak pening2 kepala. Aku pun tak semak kepala macam ni. Kahwin macam tak kahwin" tapi 1 ayat lagi saya tulis"kahwin macam tak kahwin lebih baik berpisah atau bercerai" melalui whatsapp chat..ada kah ni jatuh talak?
Jawapan:
Salam

Jika suami bermaksud untuk talak, maka terjadilah talak. Tetapi jika suami tiada niat talak, sekadar ugutan, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 123.136.106.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, May 11, 2018

Soalan: Ingin bersatu dengan suami

Nama*:Erin
Tajuk*:Ingin bersatu dengan suami
Pertanyaan*:Salam,saya sebenarnya dalam keaddan meracao.
Ini kerana bila saya mula ada rase kasih dan rindu pd bekas suami.
Salah saya. Kerana terlampau tertekan dng perkahwinan dulu.
Sekarang sy ingin kembali pd suami tp suami xlagi mahu saya.
Sblum tu dia bg harapan seakan kami akn bersatu kembali tp ujung2 dia main kan perassan saya.
Dan sekarang sy jdmurung.
Jawapan:
Salam

Jika puan ingin kembali kepada suami, ia perlukan sokongan dan rela diri suami itu juga. Jiak dia sedai dan rela menerima puan kembali, maka itu lebih baik. Masalahnya kalau dipaksa juga untuk terima, takut nanti kesusahan itu terus membelengu puan.

Berdoalah banyak-banyak moga Allah makbulkan kehendak puan.

tk

Visitor IP: 203.106.158.224

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, May 8, 2018

Soalan: suami lafaz taklik bersyarat

Nama*:eisha
Tajuk*:suami lafaz taklik bersyarat
Pertanyaan*:assalamualaikum..
Maaf jika soalan saya terlalu panjang,tetapi saya sangat keliru sekarang..hujung thn lps saya dpt tahu suami curang dengan saya,dan kami bergaduh dalam whatsapp..mungkin suami serabut dengan leteran saya dan dia menghantar whatsapp pada saya berbunyi begini.."ok,kalau untuk puaskan hati awk,lepas ni kalau saya buat lagi jatuh talak",ok ke macam tu?"..
Lepas pada tu,saya belum ada dengar lagi dia curang semula,cuma baru2 ni ada perempuan mengganggu saya,dan mengatakan yang dia mencari suami saya lama dah.perempuan itu adalah perempuan yg suami putuskan hub hujung tahun lepas,dan baru ini sahaja timbul.saya merasa was-was dan tidak percayakan suami saya sama ada dia memang menghubungi semula perempuan itu atau tidak.
Tapi apabila saya bertanya padanya dia menafikan bahawa dia dah tak pernah jumpa perempuan itu setelah dia lafaz taklik..sedangkan perempuan itu beritahu saya suami saya ada menghubungi nya baru2 ini.jadi saya keliru,saya takut sudah terjatuh talak dari apa yang suami lafazkan,masalah di sini suami tidak mengaku,dan saya hendak rujuk kes ini ke majkamah,tetapi suami tidak mahu ke mahkamah kerana katanya dia dah tak pernah curang lagi selepas lafaz taklik dan untuk apa dia hendak ke mahkmah..apa yang harus saya buat sekarang.saya sangat buntu.mohon penjelasan dari pihak tuan.terima kasih tak terhingga saya ucapkan atas balasan mesej ini.
Jawapan:
Salam

Taklik itu dikira sah. Sebarang pelanggaran taklik akan menjatuhkan talak.

Puan kena terima pengakuan suami bahawa dia belum curang.

Namun jika ada bukti yang sahih, gambar atau video, ia boleh dijadikan bukti kecurangan suami dan ia akan menjatuhkan talak. Jika sekadar aduan perempuan berkenaan, ia tidaklah sahih dan valid.

tk

Visitor IP: 183.171.81.255

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, May 7, 2018

Soalan: wakaf

Nama*:hanif
Tajuk*:wakaf
Pertanyaan*:slm,

bolehkah kita wakafkan harta yg belum pasti milik kita?

bolehkah kita wakafkan harta yang akan jadi milik kita tetapi kita belum memilikinya lagi? contohnya harta pusaka. maksudnya wakaf sebelum sah milik.

wslm
Jawapan:
Salam

Wakaf itu tidak sah selagi ia bukan milik kita yang sah. Perlulah harta itu disah-milikkan kepada penama, baharulah penama berhak mewakafkan harta berkenaan.

tk 

Visitor IP: 183.78.47.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak kinayah

Nama*:hamba allah
Tajuk*:talak kinayah
Pertanyaan*:suami ucap di buang kamu bagus nya saat ber ucap ada lintasan hati cerai mohon kejelasan nya ustad makasih
Jawapan:
Salam

Pastikan apakah benar niat suami menceraikan isteri ketika lafaz berkenaan dibuat. Jikabenar ia boleh menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 114.125.35.43

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, May 6, 2018

Soalan: tentang talak kinayah

Nama*:hamba allah
Tajuk*:tentang talak kinayah
Pertanyaan*:saat ucap kan talak kinayah ada lintasan hati kata cerai apa kah itu termasuk niat
Jawapan:

Talak hanya sah dengan lafaz yang jelas dan terang.

Jika ia berbentuk kinayah, maka pastikan NIAT suami itu benar-benar mahu menceraikan isteri, baharulah terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 114.125.30.21

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 1: soalan perkahwinan

Nama*:fahmin
Tajuk*:soalan perkahwinan
Pertanyaan*:asslm,
sahkah taklik dan talak suami kepada isteri menggunakan isyarat dan isteri/saksi tak faham dengan isyarat tersebut?
Jawapan:
Salam

Taklik dan talak hendaklah dilafazkan dengan bahasa yang jelas difahami dan didengar oleh diri sendiri.. Jika lafaz atau bahasa isyarat itu tidak difahami, ia tidaklah menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 175.145.63.107

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, May 5, 2018

Soalan: isteri

Nama*:abu
Tajuk*:isteri
Pertanyaan*:assalamualaikum

jatuh zihar tak kalau panggil anak dengan panggilan 'isteriku'.

wslm
Jawapan:
Salam

TIdak,,


kenapa ni ye, pelik sangat bunyi nya?

Visitor IP: 183.78.47.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA