Soalan: zihar
Nama*: | daud |
Tajuk*: | zihar |
Pertanyaan*: | assalamualikum,
bila saya ingatkan kembali saya pernah terlafaz perkataan zihar dalam setahun yang lepas. kejadian berlaku semasa saya, isteri dan anak anak bergurau. saya tak pasti samada saya menyamakan perut anak dengan perut isteri atau perut isteri dengan perut anak. sebabnya anak saya kuat makan. walaupun seolah mcm menghina perut besar tetapi saya tak maksudkan langsung nak menghina dan saya takda niat mengharamkan isteri. hanya bergurau dan kami ketawa sama sama. saya check internet ada yg bgtau jatuh hukum zihar walaupun tanpa niat. ada juga bgtau zihar hanya terjadi dengan niat zihar atau mengharamkan isteri.
bolehkah saya ambil pendapat dr fatwa negeri johor yg bergurau tidak jatuh zihar asalkan tiada niat zihar? saya bukan rakyat johor tapi bolehkah saya guna fatwanya, sebab saya tiada niat langsung nak zihar.
kalau berlaku juga zihar mcmana nak buat? |
Jawapan: | |
Salam
Maaf saya tiada maklumat berkaiatn fatwa negeri Johor berkenaan.
mengneai zihar, ia hendaklah disebut itu dengan niat zihar..
Visitor IP: 183.78.47.93
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.