Soalan: Mertua campur tangan
Nama*: | Jonah |
Tajuk*: | Mertua campur tangan |
Pertanyaan*: | Salam ustaz. Saya mempunyai hubungan yg teruk dgn ayah mertua. Kami sering bertekak dan dia sgt tinggi egonya sehingga saya yg perlu mngalah utk minta maaf dan mengaku salah meskipun saya tidak salah.
Saya tidak dapat melupakan kata katanya yg mengguris perassan saya. Dia mencampur urusan rumah tangga saya dan suami. Saya nak cerita semua pun letih.
Saya minta cerai pada suami tapi suami sgt sygkan saya. Saya juga begitu cuma saya tak mahu hidup dgn kongkongan mertua dan sering dipaksa melakukan sesuatu yg saya anggap beban tapi mertua anggap itu tanggubgjawab saya. Saya akan dipersalahkan jika berlaku apa2 buruk kepada anak lelakinya.
Saya cukup tertekan dan tidak sanggup mmpunyai kluarga mertua seperti itu. Saya minta cerai tiap2 hari pada suami kerana mertua sudah anggap saya ni betul2 jahat padahal saya tidaklah seperti yg dianggap. Saya sudah fak tahan dianggap jahat. Saya ssperti dipenjara atas kesalahn yg sy tak buat.
Apa yg patut sy lakukan? |
Jawapan: | |
Salam
Awak kahwin sahaja dengan mertua awak.. baharulah dia aman.. hehe.. sorrrrrriiiiiii..
Elok berpindah rumah, tak perlu hidup sekali. Jauhkan diri daripada gangguan keluarga seperti ini.. baharulah anda saling mengenali dan lebih membahagiakan.
tk
Visitor IP: 124.13.45.205
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.