Soalan: Talak kinayah
Nama*: | Ziha |
Tajuk*: | Talak kinayah |
Pertanyaan*: | Salam ustaz . Kalau suami bising2 dalam pada tu dia ada kata "lepas ko bersalin nanti kalau kau tak jawab/endah jugak soalan2 aku, memang aku tinggal kau."
Maksud sy fahami dari ayat tinggal tu, dia nak duduk kampung & duduk berasingan dgn sy. Mungkin sebab merajuk dgn sikap saya yg x menentu.
Adakah jatuh talak? Atau perlu ada niat talak masa dia cakap tinggal tu jika nak sabit cerai.
Adakah talak jatuh jugak walaupun dia takde niat talak semasa cakap "tinggal" tu?
Mohon pencerahan dari Ustaz. Terima kasih banyak2 |
Jawapan: | |
Salam
Talak tidak terjadi sehinggalah suami lafazkan secara terang dan jelas.
Kes ini lebih kepada ugutan dan jaruknya suami.
tk
Visitor IP: 2001:e68:6741:e101:e064:5a6b:31ee:b9e8
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.