Soalan: Tiada Niat
Nama*: | Hamid |
Tajuk*: | Tiada Niat |
Pertanyaan*: | Salam Ustaz ....
Ketika saya berada dibelakang kereta isteri saya, saya menyuruh isteri saya undurkan kereta ke belakang untuk meletak kereta.Isteri saya berkata "Abang taknak...Abang taknak, nanti kereta saya jatuh kat longkang nanti".Apabila isteri saya sudah meletak kereta...Saya terus pergi berjumpa dengan isteri saya sambil saya mengajuk cakap isteri saya "Abang taknak....Abang taknak".Isteri saya menjawab "Kalau kereta saya masuk longkang,Abang nak angkat".Saya pun terus diam.
Jatuh atau tidak situasi diatas? Saya tidak ada niat Ustaz... |
Jawapan: | |
Salam
Apa kaitan kereta dengan talak.. masalahnya di sini, kenapa saudara nak kaitkan semua perkara dengan talak... itu yang menjadi punca masalah gangguan dalam diri saudara.
tk
Visitor IP: 175.143.100.137
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.