Tuesday, March 13, 2018

Soalan: fobia

Nama*:farhan
Tajuk*:fobia
Pertanyaan*:slm ustaz. saya terlalu fobia lafaz kinayah dan lain lain lafaz. kadangkala nak bercakap pun sy berhati hati. salah satu yg sy fobia ialah tolak. pernah saya terniat ketika bersembang dengan kawan. ayatnya mcm ni. nanti meja meja tu aku tolak ketepi. oleh sebab sy fobia dengan perkataan tolak jadi ketika cakap tolak tu terasa mcm talak isteri. bolehlah jadi talak kepada isteri saya dengan ayat diatas. adakah cakap begitu talak kinayah.
keduanya. saya tahu tentang zihar iaitu samakan isteri dengan mahram. pernah saya nak cakap kepada isteri muka kakak sama dengan awak. tetapi hanya keluar lafaz muka kakak selebihnya dalam hati sebab saya takut zihar. jatuh juga tak zihar?
terima kasih sbb sudi menjawab kedua dua masalah saya.
Jawapan:
Salam

Ia bukan masalah fobia, tetapi was-was dan keraguan yang saudara alami. Kejahilan bab agama menjadi punca utama keraguan itu timbul. Belajarlah agama khasnya bab fiq cerai berai ni untuk pastikan makah satu yang dikatakan talak dan manakah tidak.

Seperkara lagi, kenapa perlu dikatikan cerai dalam semua keadaan, adakah cerai itu terbaik untuk anda? jika ia terbaik, bercerailah secara elok...

Ia tidak dikira zihar, zihar itu membawa maksud menghina si isteri dengan anggota tubuh mahram.


tk



Visitor IP: 183.78.47.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA