Soalan: soalan akidah
Nama*: | hamba allah |
Tajuk*: | soalan akidah |
Pertanyaan*: | assalamualaikum, dalam hati saya selalu keluar perkataan2 mencerca allah dan nabi muhammad. bolehkah ia menyebabkan saya kufur dan terkeluar dari islam. kerap sangat berlaku. saya cuma dapat beristifar dan mengucap. tetapi hati saya ini tetap berkata kata walaupun saya taknak. bila ia datang saya jadi takut sangat. dan perkataan itu akan berulang ulang kali. semuanya dalam hati. saya ada berubat dan mengaji tetapi ia dtg juga.
apa nasihat ustaz kepada saya. bolehkah saya abaikan dan anggap tiada apa apa berlaku?
wslm |
Jawapan: | |
Salam
Mencerca Allah dan nabinya adalah dosa besar dan ia boleh membawa kepada kekufuran.
Hentikanlah dorongan dan ingatan seperti itu. Ia hanya mahu merosakkan akidah anda.
kembalilah beristighfar dan kembalilah mencintai ALLh dan rasulnya. Banyakkanlah belajar agama agar lebih tenang dan sejahtera.
tk
Visitor IP: 118.101.74.124
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.