Thursday, March 22, 2018

Soalan: Taklik

Nama*:Buntu
Tajuk*:Taklik
Pertanyaan*:Ustaz suami sy kerja di laut dan sering trtekan . Dan selalu bertengkar.
1- pd suami pg suami telah mnghubungi sy lebih kurang 5pg. Dye memarahi sy kerana tidak tahan dgn kata2 dia. Sy meletakkn talian. Dia mnghubungi balik dan terus berkata "kalau kau letak call aku cerai kau" atau pn "kalau kau call lagi aku cerai kau" .. Sy menangis dan terus menangis betul2 rass kecewe semudah itu suami mengugut sering mengugut. Sy menangis dan merayu suami meletak kan talian.

Adakah taklik akan berterusan ataunpon hanya pada ketika itu. (sy rasa hanya ketika itu dan suami marah sy memutuskn talian)

Saya juga lupa ayat sebetulnye antara 2 ayat dia atas.. Sy pernah mnghubungi seorang ustaz. Dan dia mnyataan taklik itu adalah pd ketika itu. Dan selepas itu sy jika suami mnghubungi. Sy akan meletakkn talian dahulu. Dan jika suami bising sy akan mematikan talian seakan2 talian putus. Kerana tidak mahu burukkn keadaan. Tapi sy asyik rasa was2 dan risau. Asyik teringat kan taklik itu... Terus berfikir.


2)taklik ke 2 ustaz. Suami telah menghubungi sy lebih kurang..5.37pagi hari dengan keadaan talian rumah ibu sy.. Sy tidak berapa dgr. Tapi bile dia mngamuk pagi itu dia mngatakn sy mengungkit. Dye memarahi sy dan terus berkata"kalau kau ungkit lagi aku cerai kau " selepas 5 minit dia memarahi sy dia sambung lagi" ingt lps ni kalau ko ungkit jatuh terus (kemungkinan ade ayat talak) dalam beberapa minit dia sambung kembali ayat "tapi kalau aku terasa hati la baru jatuh"

Sy begitu tertekan ustaz. Sy tidak faham. Mksudnye ape dikatan jgn ungkit dr segi ape. Dia tidak menjelaskn kpd sy...

Boleh lah ustaz bantu jelaskn kepada sy.
Jawapan:
Salam

Masalah bila suami berjauhan. dia tertekan dan isteri juga tertekan..

Kena belajar duduk serumah pula kut..

pada saya, kes ini tidaklah menjatuhkan talak . Taklik itu sah, cuma kena pastikan suami berkata itu untuk masa itu sahaja atau untuk setiap ketika. jika untuk setiap ketika, maka pelanggaran larangan taklik akan menyebabkan terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 2001:d08:1829:3624:9560:af31:195d:ad32

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA