Soalan: Adakah ia dikira zihar?
Nama*: | Abe Mi |
Tajuk*: | Adakah ia dikira zihar? |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum ustaz. Saya ada berbual dengan isteri, isteri ada bagitau "kalau nak baby cepat berjalan, biasakan memegang dan mengerakkan kaki baby." Kemudian saya membalas perbualan isteri saya dengan mengatakan "kalau nak punggung besar, kenalah urut punggung" sambil saya memegang punggung isteri yang memang besar, kemudian saya memegang pula punggung baby kami. Adakah perbualan/percakapan dan perbuatan saya dan isteri dikira berlaku zihar? Terima kasih ustaz. |
Jawapan: | |
Salam
Ia tidaklah dikira zihar.. tk
Visitor IP: 175.141.107.59
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.