Soalan: Adakah jatuh talak jika diugut
Nama*: | AHMAD NAZIRUL |
Tajuk*: | Adakah jatuh talak jika diugut |
Pertanyaan*: | saya diugut dengan kekasih lama untuk membuka aib saya dengan dia kepada isteri saya. Bende ini berlaku sudah lama dan secara tiba2 dia ingin membuka aib kerana saya tolak permintaannya untk memberi sejumlah wang yg nilainya amat besar bagi saya. Saya terpaksa menipu bahawa saya sudah ceraikan isteri saya hanya kerana takut kepada ugutan tersebut.Sewaktu saya msg dia bahawa saya sudah cerai saya tiada niat langsung dan terlupa akan tindakan saya.Adakah saya sudah menjatuhtkan talak? |
Jawapan: | |
Ia tidak menajtuhkan talak..
cuma anda kena berterus terang kepada isteri, agar peristiwa silam itu jika terdedah, isteri telah tahu..
tk
Visitor IP: 115.133.93.23
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.