Nama*: | ram |
Tajuk*: | masalah hati |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum tuan
Saya seorang lelaki berumur 37 tahun. Membaca post tuan mengenai suami bergaji 40k yg mengabaikan isteri dan 3 org ank yg lalu buat saya rasa terpanggil utk berkongsi kisah saya.
Sejujurnya sy katakan ianya ada persamaan dengan kisah sy. Sy berkahwin 5thn lalu ats dasar tgungjawab kerana telah terlanjur menghamilkan seorang wanita yg tidak saya kenali.
Plan sy untuk menceraikannya setelah lahir ank tersebut. Namun atas dasar simpati sy tidak smpai hati berbuat demikian. Sampai sekarang saya tidak mencintainya. Saya bekerja di overseas dan hanya pulang 3bln sekali menjenguk mereka. Juga sbagai alasan utk tidak tinggal bersama. Stiap kali pulang sy cuba memberi nfkah batin utk memenuhi tuntutan perkahwinan. Namun, sy terpaksa membayangkan org lain semasa melakukan persetubuhan. Sepanjang lima tahun sy melakukan rutin sama. Sekarang sy dh dikurniakan 3 orang anak dan bakal mendapat seorang lg.
Utk pengetahuan tuan, stiap hari sy call ank2 sy, bg mkn pakai yg ckup utk isteri dan ank2. Msalah sy sekarang hanyalah sy tidak cintakan isteri saya. Apa yang perlu saya buat.
Dlm pada itu, sudah 6 tahun juga sy kenal seorang wanita yg sentiasa ada susah senang sy. Dan sy sangat mencintainya. Tetapi sy memilih utk meneruskan hidup saya tnpa dia. Saya tahan hati saya demi anak2. Tidak mahu anak2 saya hidup dlm keluarga yg tidak berpecah. Kerana fikirkan anak2 sy sgup korbankan hati saya. Dan isteri sy tidak pernah tahu semua ni. Sy blk hanya utk ank2, hanya bercakap pasal ank, langsung tiada kemesraan antara kami.
Saya sedar dan bertaubat ats segala dosa lalu saya. Sy anggap ini semua balasan ats dosa yg sy pernah buat semasa zmn kejahilan dulu.
Saya mohon pendapat tuan. Memandangkan tuan lebih arif dan banyak pengalaman dgn kes sebegini. Hidup sy dlm kecelaruan sekarang. Saya mohon masa tuan untuk sedikit nasihat. Hanya Allah yg mampu membalas jasa tuan.
Sekian terima kasih. |
Jawapan: | |
Salam
PErtama kalinya, saya bersyukur dan tahniah atas ketulusan saudara berbiccara di sini. Mohon maaf lambat nak reply.
Perkahwinan atas keterlanjuran, ia tetap satu amanah Allah kepada kita. isteri dan anak-anak adalah amanah yang tidak pernah lekang daripada bahu seorang suami dan bapa. seharusnay kita upaya mampu menjaga mereka - rohani dan jasmani - sebaiknya, sebagaimana Allah menjaga kita sebaiknya pada setiap ketika.
Soal hati an soal cinta itusukar hendak diduga. Sampai bila hati akan terus tertutup untuk menerima cinta daripada seorang isteri dan ibu kepada suami? sampai bila suami mahu membatu atas runtunan hati semata-mata dengan membiarkan isteri seakan haus kasih sayang daripada seorang suami. Bukankah kita agak zalim dalam hal ini?
Jika benar anda punyai cinta hati yang lain, saya syorkan, berkahwinlah secara sah untuk mendapat kasih sebenar yang diimpikan. Poligami itu tetap halal hukumnya, biarpun dipandang serong oleh orang lain. Namun untuk membiarkan isteri menderita kasih seorang suami, itu adalah penginayaan terhadapnya.
Terimalah dia seadanya, sebagaimana kita sedia menerima kelemahan diri kita sendiri. kita senang memaafkan kelemahan diri dengan berbagai alasan, kenapa tidak pula memberi kemaafan dan kasih kepada seorang isteri.
Semoga Allah membuka pintu hati kita untuk kembali ke arah yang benar dan aman di bawah reda Allah jua.
Visitor IP: 122.129.122.187
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm