Soalan: was-was dengan apa yang suami lafaz (cerai)
Nama*: | zarazya |
Tajuk*: | was-was dengan apa yang suami lafaz (cerai) |
Message*: | Assalamualaikum Wbt Ustaz.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana menjawab soalan dan kemusyiklan saya ini.
Ketika berlaku pertengkaran dan selepas pergelutan (pukul memukul) antara saya dan suami dalam pendengaran yang kurang jelas dan saya sendiri tidak pasti, telinga saya seolah mendengar suami menyebut ' cerai ko lah'.
Saya tak pasti sama ada, ada ayat sebelum perkataan cerai itu. Saya bertanyakan anak saya (berumur 13 tahun (lelaki)) adakah dengar ayah sebut perkataan itu kerana dia di depan dan saya dalam bilik. Anak saya jawab tak ada ayay sebut begitu.
Saya bertanyakan dan desak suami untuk mengulang apa yang dia dah cakap, Suami mengatakan tidak menyebut perkataan cerai itu dan dia sendiri tidak ingat, Dengan bersumpah nama Allah dia mengaku tidak melafaz.
1. Apa perlu saya lakukan ustaz? sedangkan saya sendiri tak berapa pasti apa yang saya dengar.
2. Adakah saya perlu yakin dengan pengakuan suami?
3. Adakah telah jatuh talak itu. |
Salam
Lafaz cerai adalah hak suami, jika suami menafikannya, ia tidaklah terjadi talak. Isteri tidak perlu paksa suami menyatakan apa yang dia sebut sebelumnya. Percaya dan berhukum dengan apa yang diketahui sahaja.
tk
Visitor IP: 211.24.250.130
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.