Soalan: Tiada Niat
Nama*: | Farid |
Tajuk*: | Tiada Niat |
Message*: | Salam Ustaz....
Saya nak bertanya :
1/. Suatu hari tu Isteri saya beritahu pada saya "Awak jangan lupa buang sampah malam ni". Saya pun jawab "Ok...Saya buang (maksud saya sampah) awak".
Adakah jatuh atau tidak pada situasi diatas? Saya tidak ada niat apa2 dan Saya yakin tidak lafaz.....Saya jadi was was.
2/. Suatu hari tu Isteri saya suruh saya potong rambut dia yang panjang itu...Saya pun berkata "Meh, Saya potong awak" (Maksud saya...Saya potong rambut awak).
Jatuh atau tidak Ustaz? Saya tidak ada niat dan Saya yakin tidak lafaz.
3/. Dalam suratkhabar ada artikel bertajuk "Ampang Park Bakal Lenyap"....kemudian saya tunjuk pada isteri saya artikel tersebut....Saya tunjuk dekat perkataan "Lenyap" hujung tajuk akhbar dengan menggunakan jari saya...
Saya jadi was was.....Saya tidak ada niat. Jatuh atau tidak Ustaz?
Mohon Ustaz jelaskan..... |
Salam
1. Buang sampah ialah buang sampah, bukannya cerai.. kenapa nak dikaitkan buang sampah dengan cerai? biarlah rasional sikit berfikir tu..
2. Ia sama di atas
3. Ia sama di atas...
Rumusannya, suami perlu dirawati penyakit keraguan yang luar biasa, semua perkara hendak dikaitkan dengan cerai, itu kan pelik...
tk
Visitor IP: 219.92.71.4
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.