Sunday, December 3, 2017

Soalan: Mahu Kepastian

Nama*:Jeff
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Salam Ustaz.....

Saya ada 4 soalan ingin bertanya dengan Ustaz.....

1/. Ketika saya sedang menonton tv bersama keluarga, secara tiba2 saya berdehem sebanyak 2 kali...sesudah saya berdehem datang pula lintasan hati mengatakan saya ada niat. Saya jadi was was.....saya buat berdehem 2 kali sekali lagi....dan saya berkata dalam hati yang saya tidak ada niat dan saya yakin tidak lafaz....Jatuh atau tidak Ustaz?

2/. Pada suatu hari tu, saya dan isteri jogging bersama di sebuah tasik. Semasa berjogging, isteri saya tiba2 berhenti berlari akibat penat.... kemudian saya bertanya pada dia "Dah surrender" lalu dia menjawab "Mana ada surrender....saja berhenti".
Jatuh atau tidak Ustaz? Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat...cuma saya rasa was was bila menyebut "Dah surrender"...

3/. Semasa membeli belah di sebuah pasaraya bersama keluarga...Kakak ipar saya bertanya pada saya dimana isteri saya...Saya pun menjawab "Entah...hilang, tadi dia ada kat sini" sambil saya mencari isteri saya...Kakak ipar saya berkata pada saya "Dah hilang dah....mana dia pergi?....
Jatuh atau tidak pada situasi diatas? Situasi diatas telah lama berlalu.... Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....Cuma saya alami gangguan was was yang datang secara tiba2...sedangkan saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat...

4/. Sedang saya bertugas di pejabat, saya tengah mengira nombor (dalam hati) diatas kertas sambil menggunakan jari....Semasa saya sedang mengira nombor dalam hati...tiba2 datang lintasan hati saya menyebut nama2 orang yang saya kenali dalam hati (Saya menyebut dalam hati). Saya jadi was was....Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat....Saya yakin dalam hati...Saya sebut nama dalam hati....Saya benar2 yakin Ustaz....
Jatuh atau tidak Ustaz?



Terima Kasih....

Salam

Anda mengahdapi masalah was was dan yang peliknya semua perbuatan anda dikaitkan dengan talak. KEnapa jadi begitu? Jika penat keletihan, itu adalah kepenatan, bukannya perceraian..

Cerai akan terjadi dengan lafaz yang jelas.

tk

Visitor IP: 175.143.89.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA