Saturday, December 23, 2017

Soalan: Khalwat

Nama*:Dija
Tajuk*:Khalwat
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin meminta pendapat. Ada kawan sy dia kena tangkap khalwat di satu hotel bersama teman lelaki nya. Pintu bilik nya di ketuk dan ada 2 lelaki yang mengaku diri mereka dari pejabat agama. Kemudian kawan sy bagi masuk. Pegawai tersebut meminta IC dan mereka menangkap IC dan gambar mereka mengguna kan hanphone biasa. Pegawai itu memberi tahu bahawa jika disabit ke salahan bole disabitkan denda maksimum RM20k setiap seorg@penjara 2 tahun @ kedua2nya.. Disebabkan kawan sy n teman lelaki tidak mahu ke balai maka mereka meminta supaya kes ini selesai di situ jg. Setelah dirunding, pegawai itu setuju kurangkan dari RM20K ke RM10K setiap seorang dan diberi masa sehingga minggu seterusnya untuk selesainya. Kawan sy dan teman lelakinya dilepaskan selepas kwn sy memberi rantainya kepada pegawai tersebut.

Pada keesoklan hari nya, kawan sy menelefon pejabat agama kerana rasa tidak puas hati. Setelah menelefon, pejabat agama memberi tahu tiada operasi di tempat kawan sy kena tangkap kerana ke semua team nya telah pergi ke tempat lain. Pejabat agana tersebut memberitahu bahawa denda yang dikenakan MAKSIMUM RM5,000 sahaja. Atas nasihat pejabat agama tersebut, Kawan sy sudah membuat laporan polis..

Cuma sy nak tnya pendapat, apakah masih relevant jika pegawai yg menangkapnya membuat laporan jika kawan sy dan teman nya tidak memberi duit pada hari dan masa yg ditetapkan. Apakah kawan sy dan teman nya akan mendapat surat dr mahkamah Walaupun kejadian sudah lama berlaku?

Salam

Oleh kerana yang beroperasi itu bukan pegawai agama, maka dia tiada hak untuk mendakwa orang yang ditangkap..

Itu kes penipuan.

tk


Visitor IP: 2001:e68:442a:af59:9d0d:2e53:5092:6523

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA