Thursday, December 28, 2017

Soalan: boleh kah guna surat rujuk?

Nama*:salehuddin
Tajuk*:boleh kah guna surat rujuk?
Message*:assalam ustaz,

saya sudah berkahwin semula dengan isteri saya setelah pernah berpisah dengan 3 kali dahulu. Tetapi saya berkahwin semula di selatan Thailand setelah isteri saya berpisah dengan suaminya yg kedua dan perkahwinan kami sedang dalam proses pendaftaran di pejabat agama. saya mempunyai 3 org anak dengan isteri saya di atas ikatan perkahwinan terdahulu. sekarang ini anak sulung saya ingin mendaftar di tingkatan satu. Masalahnya ustaz, pihak sekolah minta saya lampirkan sijil nikah. bolehkah saya menggunakan surat akuan rujuk yang ada dalam simpanan saya untuk tujuan pendaftaran tersebut? adakah jika saya menggunakan akuan rujuk itu menjatuhkan talak pada perkahwinan terkini? kerana saya belum mendapat surat nikah yg berdaftar di Malaysia. saya bimbang jika menggunakan surat rujuk itu seolah mengatakan yg saya pernah berpisah pada perkahwinan semula ini sedangkan surat itu digunakan untuk tujuan menyatakan bahawa anak saya itu adalah anak sah taraf di atas perkahwinan terdahulu.

Salam

Masalah ini perlu dirujuk kepada pihak sekolah..

mohon maaf ya..

tk


Visitor IP: 210.48.222.9

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA