Friday, December 29, 2017

Soalan: Ragu

Nama*:Aki
Tajuk*:Ragu
Message*:Sy ada lafaz cerai kt isteri...masa tu sy demam x leh bgun...sy ada SURUH isteri masak megi sbb demam da 4 ari x boleh bangun...dlm 4 ari tu 2 kli je sy mkn nasi ...x dop selera nk mkn...bila disuruh tmbh dos tiram isteri jwb mkn hk biasa je la...pas tu ada la skit tekar..sy bnyk brgantung gn ubt masa tu..ubt penadol,ubt batuk,ubt selsema,ubt pening..ubt darah tinggi(dos tggi skit)dlm prtekarn tu sy dipegang oleh famaly sy.dlm msa tu bru pas mkn ubt..emosi x stabil..isteri pom thu sy pas mkn ubat ..dlm isteri nk keluar rumh...sy ada lafaz "aku cerai kau ayu-samaran-lepas tu die pergi dgn ibu die x thu kmana...esok hari isteri ada tnya sy ada lafaz ape2 x...cm isteri x dgr pe sy lafaz.bleh ustz perjelas sbb sy ragu lafaz sy itu...dlm masa tu sy mcm brada dlm mimpi,emosi pom x thu kemna...tubuh masih lemah"bergantung penuh dgn ubt'tolong jelas kat sy ustaz...assalamualaikum(bnyak loghat kelate
Salam

Jika benar suami berada dalam separuh sedar oleh kesan ubat-ubatan, sehingga lafaz cerai itu disebut, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

Talak perlukan lafaz yang jelas dan tegas dan dimengerti oleh suami.

tk


Visitor IP: 124.82.56.115

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA