Soalan: Adik Ipar lafaz cerai depan ibu mertua
Nama*: | Liza |
Tajuk*: | Adik Ipar lafaz cerai depan ibu mertua |
Message*: | Assalammualikum ustaz,
Saya ingin mohon percerahan.
Adik ipar dan isteri telah tinggal berasingan selepas pertengkaran . Beliau juga pernah mengaku pada ibunya (ibu mertua saya) yang beliau ingin menjatuhkan talak 3 sebab perangai isteri. Juga dia cakap walaupun isteri merayu beliau tetap dengan keputusan ingin menjatuhkan talak 3 pada isteri depan suami dan saya. saya akui adik ipar saya sedar bukan dalam keadaan marah ataupun tidak waras.
Selepas perbicaraan dimahkamah, hakim bertanyakan adakah dia lafazkan talak 3 dalam keadaan marah dan cuma ingin menakut-nakutkan isteri. dan dia jawab ye. oleh itu mahkamah memutuskan beliau dan isteri sah jatuh talak 1. dan beliau telah bersumpah depan al-quran.
soalan saya apakah hukum beliau melafaskan talak 3 tanpa isteri disebelah tetapi depan ibu, suami dan saya (kakak ipar) tidak sah? |
Salam
Terimalah ketetapan yang dibuat oleh pihak mahkamah, kerana itulah yang lebih tepat.
tk
Visitor IP: 203.217.176.231
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.