Soalan: murtad
Nama*: | safawi |
Tajuk*: | murtad |
Message*: | asalamualaikum ustaz, saya tertarik dgn soalan en hamidon. saya kerap diganggu bisikan dan berkata-kata di dalam hati mengaku kafir, konon bila mati jadi kafir, kalau jadi sesuatu perkara jadi kafir dan byk lg. saya buat tak tahu. saya solat macam biasa, berdoa agar diampun, kerap mengucap dua kalimah syahadah dan ke majlis ilmu. awalnya saya anggap benda ni tak mempengaruhi sangat. tetapi apabila terbaca persoalan en hamidon saya jadi takut. takut mempengaruhi perkahwinan saya. boleh jadi murtad tak dengan apa yg saya alami dan bagaimana perkahwinan saya? wslm |
Salam
Hukum Islam berdasarkan kepada perbuatan dan tindakan kita yang zahir. Jika lintasan dan gangguan seperti itu, ia tidaklah memberi kesan kepada akidah dan hukum syarak.
CUma kenalah kita berusaha untuk menghapuskan gangguan itu dengan ilmu yang mendalam (bab fiqh dan akidah) dan keyakinan diri yang tinggi.
moga bermanfaat.
tk
Visitor IP: 60.50.33.123
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.