Tuesday, December 12, 2017

Soalan: lafaz kinyah dalam lagu

Nama*:azly
Tajuk*:lafaz kinyah dalam lagu
Message*:Assalamualaikum,

Ceritanya begini ustaz. ada satu hari tue saya sedang mendengar lagu yang agak popular pada ketika itu. secara sepontan saya pun menyanyikan lagu tersebut. lagu tu adalah lagu dari seorang penyanyi popular iaitu "jimmy palikat" tajuk lagunya anak kampung. dalam lirik lagu tu ada lirik yang berbunyi " kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain".
persoalannya adakah jatuh talak sekiranya saya menyanyikan lagu tue dan disamping tue saya menujukan lagu tue pada isteri saya. pada ketika itu saya tiada niat pun untuk menceraikan isteri saya. cuma terbawa perasaan dengan lagu yang saya nyanyikan.
apa yang saya ingat isteri saya ada menanyakan apakah maksud saya menyanyikan lagu yang ada lirik tu. saya cakap saya cuma menyanyi jer. saya x faham apa maksud isteri saya menanyakan soalan pada ketika itu.
cuma baru2 ni je ada bisikan-bisikan dalam hati bagitau entah-entah ngko ada niat cerai masa nyanyi lagu tue.
tapi saya yakin pada masa saya nyanyi lagu tue tiada niat pun untuk menceraikan isteri saya. jadi apakah status hubungan saya dengan isteri saya. adakah masih sah sebagai suami isteri?


Visitor IP: 161.139.222.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA