Saturday, December 30, 2017

Soalan: Mohon pandangan ustaz

Nama*:Nur
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz
Message*:Assalamualaikum..
Kulit badan saya byk bekas bisul...
Saya tunjuk pada suami , suami pun cakap " kalau belum kahwin,tolak hantaran ( duit hantaran dikurangkan)."

Apa hukumnya terhadap pernikahan ustaz?

Salam

Tiada ada masalah kerana ia tidak dikaitkan dengan apa-apa hukum cerai ke...

tk

Visitor IP: 113.210.123.199

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 29, 2017

Soalan: Ragu

Nama*:Aki
Tajuk*:Ragu
Message*:Sy ada lafaz cerai kt isteri...masa tu sy demam x leh bgun...sy ada SURUH isteri masak megi sbb demam da 4 ari x boleh bangun...dlm 4 ari tu 2 kli je sy mkn nasi ...x dop selera nk mkn...bila disuruh tmbh dos tiram isteri jwb mkn hk biasa je la...pas tu ada la skit tekar..sy bnyk brgantung gn ubt masa tu..ubt penadol,ubt batuk,ubt selsema,ubt pening..ubt darah tinggi(dos tggi skit)dlm prtekarn tu sy dipegang oleh famaly sy.dlm msa tu bru pas mkn ubt..emosi x stabil..isteri pom thu sy pas mkn ubat ..dlm isteri nk keluar rumh...sy ada lafaz "aku cerai kau ayu-samaran-lepas tu die pergi dgn ibu die x thu kmana...esok hari isteri ada tnya sy ada lafaz ape2 x...cm isteri x dgr pe sy lafaz.bleh ustz perjelas sbb sy ragu lafaz sy itu...dlm masa tu sy mcm brada dlm mimpi,emosi pom x thu kemna...tubuh masih lemah"bergantung penuh dgn ubt'tolong jelas kat sy ustaz...assalamualaikum(bnyak loghat kelate
Salam

Jika benar suami berada dalam separuh sedar oleh kesan ubat-ubatan, sehingga lafaz cerai itu disebut, maka ia tidaklah menjatuhkan talak.

Talak perlukan lafaz yang jelas dan tegas dan dimengerti oleh suami.

tk


Visitor IP: 124.82.56.115

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 28, 2017

Soalan: boleh kah guna surat rujuk?

Nama*:salehuddin
Tajuk*:boleh kah guna surat rujuk?
Message*:assalam ustaz,

saya sudah berkahwin semula dengan isteri saya setelah pernah berpisah dengan 3 kali dahulu. Tetapi saya berkahwin semula di selatan Thailand setelah isteri saya berpisah dengan suaminya yg kedua dan perkahwinan kami sedang dalam proses pendaftaran di pejabat agama. saya mempunyai 3 org anak dengan isteri saya di atas ikatan perkahwinan terdahulu. sekarang ini anak sulung saya ingin mendaftar di tingkatan satu. Masalahnya ustaz, pihak sekolah minta saya lampirkan sijil nikah. bolehkah saya menggunakan surat akuan rujuk yang ada dalam simpanan saya untuk tujuan pendaftaran tersebut? adakah jika saya menggunakan akuan rujuk itu menjatuhkan talak pada perkahwinan terkini? kerana saya belum mendapat surat nikah yg berdaftar di Malaysia. saya bimbang jika menggunakan surat rujuk itu seolah mengatakan yg saya pernah berpisah pada perkahwinan semula ini sedangkan surat itu digunakan untuk tujuan menyatakan bahawa anak saya itu adalah anak sah taraf di atas perkahwinan terdahulu.

Salam

Masalah ini perlu dirujuk kepada pihak sekolah..

mohon maaf ya..

tk


Visitor IP: 210.48.222.9

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 27, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Farid
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz....

Saya nak bertanya :

1/. Suatu hari tu Isteri saya beritahu pada saya "Awak jangan lupa buang sampah malam ni". Saya pun jawab "Ok...Saya buang (maksud saya sampah) awak".
Adakah jatuh atau tidak pada situasi diatas? Saya tidak ada niat apa2 dan Saya yakin tidak lafaz.....Saya jadi was was.

2/. Suatu hari tu Isteri saya suruh saya potong rambut dia yang panjang itu...Saya pun berkata "Meh, Saya potong awak" (Maksud saya...Saya potong rambut awak).
Jatuh atau tidak Ustaz? Saya tidak ada niat dan Saya yakin tidak lafaz.

3/. Dalam suratkhabar ada artikel bertajuk "Ampang Park Bakal Lenyap"....kemudian saya tunjuk pada isteri saya artikel tersebut....Saya tunjuk dekat perkataan "Lenyap" hujung tajuk akhbar dengan menggunakan jari saya...
Saya jadi was was.....Saya tidak ada niat. Jatuh atau tidak Ustaz?


Mohon Ustaz jelaskan.....

Salam

1. Buang sampah ialah buang sampah, bukannya cerai.. kenapa nak dikaitkan buang sampah dengan cerai? biarlah rasional sikit berfikir tu..

2. Ia sama di atas

3. Ia sama di atas...

Rumusannya, suami perlu dirawati penyakit keraguan yang luar biasa, semua perkara hendak dikaitkan dengan cerai, itu kan pelik...

tk


Visitor IP: 219.92.71.4

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak 3

Nama*:Mas
Tajuk*:Talak 3
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Suami saya tengok siaran intisari rancangan tv astro..
Kemudian ada cerita bertajuk "Talak 3".
Tiba tiba suami berkata "eh cerita talak 3".
Kemudian suami rakam cerita tu..

Saya hanya dengar,lihat & perhatikan je tingkah laku suami..

Soalan saya : apa hukum suami cakap mcm tu? Boleh jatuh talak ke..
Saya rasa macam nak padam je cerita yg suami rakam tu..sebab saya tak suka dengar ayat² talak ni.
Mohon jawapan ustaz

Salam

Ia tidak ditujukan kepada isteri, so ia tidak melibatkan talak..

tk

Visitor IP: 2001:d08:1828:b1f5:a07b:9a05:d3c1:eea5

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 26, 2017

Soalan: lafaz talak

Nama*:mat
Tajuk*:lafaz talak
Message*:Assalamualaikum Ustaz,

Kalau suami cakap pada anaknya ayah lepaskan ibu (dalam hati bukan sekarang tapi kalau ibu tak balas pesanan whatapp). Sebelum itu ibu dah balas tapi ayah tak buka whatapp.

Adakah jatuh talak.

Tkasih
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana ws telah dibalas...

tk


Visitor IP: 2001:e68:5434:6dce:a049:9159:5f5a:6f8d

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 24, 2017

Soalan: Lafaz kinayah

Nama*:SHAZWANA
Tajuk*:Lafaz kinayah
Message*:Assalam, baru2 ni saya ada bgaduh dgn suami dn semasa tengah gaduh tu suami saya ada lafazkan 'ko pergi la cari lelaki lain' dan die ada kata kepada saya semasa die lafazkan tu, dlm kepala die berkecamuk die perasan marah keliru dan mmg ada niat utk lepaskan saya. So adakah talak telah jatuh ke atas saya.

Salam

Jika suami tiada niat cerai, ia tidaklah menjatuhkan cerai atau talak.

tk

Visitor IP: 183.171.67.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 23, 2017

Soalan: Khalwat

Nama*:Dija
Tajuk*:Khalwat
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin meminta pendapat. Ada kawan sy dia kena tangkap khalwat di satu hotel bersama teman lelaki nya. Pintu bilik nya di ketuk dan ada 2 lelaki yang mengaku diri mereka dari pejabat agama. Kemudian kawan sy bagi masuk. Pegawai tersebut meminta IC dan mereka menangkap IC dan gambar mereka mengguna kan hanphone biasa. Pegawai itu memberi tahu bahawa jika disabit ke salahan bole disabitkan denda maksimum RM20k setiap seorg@penjara 2 tahun @ kedua2nya.. Disebabkan kawan sy n teman lelaki tidak mahu ke balai maka mereka meminta supaya kes ini selesai di situ jg. Setelah dirunding, pegawai itu setuju kurangkan dari RM20K ke RM10K setiap seorang dan diberi masa sehingga minggu seterusnya untuk selesainya. Kawan sy dan teman lelakinya dilepaskan selepas kwn sy memberi rantainya kepada pegawai tersebut.

Pada keesoklan hari nya, kawan sy menelefon pejabat agama kerana rasa tidak puas hati. Setelah menelefon, pejabat agama memberi tahu tiada operasi di tempat kawan sy kena tangkap kerana ke semua team nya telah pergi ke tempat lain. Pejabat agana tersebut memberitahu bahawa denda yang dikenakan MAKSIMUM RM5,000 sahaja. Atas nasihat pejabat agama tersebut, Kawan sy sudah membuat laporan polis..

Cuma sy nak tnya pendapat, apakah masih relevant jika pegawai yg menangkapnya membuat laporan jika kawan sy dan teman nya tidak memberi duit pada hari dan masa yg ditetapkan. Apakah kawan sy dan teman nya akan mendapat surat dr mahkamah Walaupun kejadian sudah lama berlaku?

Salam

Oleh kerana yang beroperasi itu bukan pegawai agama, maka dia tiada hak untuk mendakwa orang yang ditangkap..

Itu kes penipuan.

tk


Visitor IP: 2001:e68:442a:af59:9d0d:2e53:5092:6523

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 21, 2017

Soalan: Mandi wajib

Nama*:Haqim
Tajuk*:Mandi wajib
Message*:Assalamualaikum ,Saya Nak Tanya Waktu saya mandi wajib saya niat macam biasa .lepastu semasa saya mandi ,Mula 2 saya terniat Mandi wajib.lepastu Bila dah terniat tu saya niat banyak kali Sebab saya ni seorang yang was was. Saya niat banyak kali sebab untuk menghilang was was saya .tapi waktu saya niat banyak kali tu saya bukan nak niat untuk ulang mandi wajib tapi untuk menghilangkan rasa was was.adakah sah mandi wajib saya?

Salam

Sah mandi wajib asalkan ada niat untuk mandi wajib. biarlah berulang sepuluh kali pun tak apa..

CUmanya, tuan perlu ubah sikap dengan keraguan dan kebodohan seperti itu.. Islam itu mudah tetapi saudara yang menyusahkan Islam ke atas diri anda.

Mandi wajib cukup dengan niat dan meratakan air ke seluruh anggota badan. itu sahaja. tk



Visitor IP: 183.171.82.18

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 19, 2017

Soalan: Adik Ipar lafaz cerai depan ibu mertua

Nama*:Liza
Tajuk*:Adik Ipar lafaz cerai depan ibu mertua
Message*:Assalammualikum ustaz,

Saya ingin mohon percerahan.
Adik ipar dan isteri telah tinggal berasingan selepas pertengkaran . Beliau juga pernah mengaku pada ibunya (ibu mertua saya) yang beliau ingin menjatuhkan talak 3 sebab perangai isteri. Juga dia cakap walaupun isteri merayu beliau tetap dengan keputusan ingin menjatuhkan talak 3 pada isteri depan suami dan saya. saya akui adik ipar saya sedar bukan dalam keadaan marah ataupun tidak waras.

Selepas perbicaraan dimahkamah, hakim bertanyakan adakah dia lafazkan talak 3 dalam keadaan marah dan cuma ingin menakut-nakutkan isteri. dan dia jawab ye. oleh itu mahkamah memutuskan beliau dan isteri sah jatuh talak 1. dan beliau telah bersumpah depan al-quran.

soalan saya apakah hukum beliau melafaskan talak 3 tanpa isteri disebelah tetapi depan ibu, suami dan saya (kakak ipar) tidak sah?

Salam

Terimalah ketetapan yang dibuat oleh pihak mahkamah, kerana itulah yang lebih tepat.

tk

Visitor IP: 203.217.176.231

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 18, 2017

Soalan: jatuh talak ke tak

Nama*:iyah
Tajuk*:jatuh talak ke tak
Message*:Assalamualaikum ustaz..sy de b'gduh dgn suami ats sbb k'dgilan sy...suami t'lmpau mrah..dye de sbut "kalau iktkn hati aku nk lepaskan ko je hari ni"...dlm situasi ni jatuh tak talak?mohon p'jelasan
Salam

Tidak jatuh lagi..

Lepas ni eloklah bergaduh lagi supaya senang suami nak lepaskan isterinya.. carilah pasal-pasal yang remeh temeh untuk digaduhkan.. he he..

tk

Visitor IP: 183.171.67.226

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Kencing anak di lantai mozek

Nama*:Mas
Tajuk*:Kencing anak di lantai mozek
Message*:Assalamualaikum ustaz
Anak saya kencing di lantai,saya lap kencing tu dengan kain..
Kemudian saya ambil kain basahkan bersama sabun serbuk,kemudian lap di tempat yg terkena kencing tu..
Kemudian kain tadi saya bilas semula,dan lepas bilas saya lap lagi di tempat najis tu..
Saya ulangi langkah yg sama dalam 3 kali..
Soalan saya, sucikah lantai tu dari najis sebab saya guna kain yg sama utk lap tapi sebelum lap,saya bilas kain tu

Salam

Ia sudah memadai.

Paling ringkas ialah lapkan kencing sekali, lapkan kali ke dua dan lapkan kali ketiga. ia sudah cukup... asalkan tiada lagi bau kencingnya.. tk

Visitor IP: 124.13.109.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 17, 2017

Soalan: terniat

Nama*:farhan
Tajuk*:terniat
Message*:asalamualaikum

saya pernah terlintas di hati lafaz cerai dan tangan saya menunjuk kepada isteri. tetapi saya tidak melafazkannya. adakah perbuatan saya menyebabkan berlakunya talak?

wslm

Salam

Ia tidak menjatuhkan talak. talak jatuh dengan lafaz yang jelas. tk


Visitor IP: 183.78.47.69

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 16, 2017

Soalan: Mandi wajib

Nama*:As
Tajuk*:Mandi wajib
Message*:Assalamualaikum​ ustaz
Saya mandi wajib guna shower..tp masa nak on shower,tombol paip utk on shower tu longgar dan keluar air...
Sah ke mandi wajib saya,adakah ia dikira air mustakmal?

salam

asas yang perlu dalam mandi wajib ialah berniat mandi wajib dan meratakan air ke seluruh anggota badan. jika ada najis, bersihkan.. maka sahlah mandi wajib itu.. soal air keluar dari mana shower rosak, tak timbul di sini..

tk
Visitor IP: 113.210.52.204

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak

Nama*:Aminah
Tajuk*:Talak
Message*:Si isteri degil. Suami memberi amaran kepada si isteri.

Jangan sampai aku ceraikan kau & aku berambus je dari rumah ni/jangan buat sampai aku ceraikan kau/jangan sampai buat aku cerai kau.

Lebih kurang seakan akan 3 ayat macamtu lah suami kepada isteri.
Bila tanya suami kata tak jatuh talak. Dia kata dia tahu apa yang dia cakap.
Tapi isteri tak yakin.

Betulkan kata2 suami diatas tidak menjatuhkan talak? Mohon pencerahan ustaz, terima kasih.

Salam

Ia tidakmenjatuhkan talka kerana ia adalah bentuk ugutan. Talak terjadi dengan ucapan yang langsung tanpa ada kaitan atau ugutan..

tk



Visitor IP: 2001:e68:6743:9b01:5484:1b63:812:6b74

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 12, 2017

Soalan: Mahu Kepastian

Nama*:Faisal
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Salam Ustaz...

Dulu masa gangguan was was menganggu saya, saya ada berdoa pada Allah setelah selesai solat Fardhu...Dalam doa saya berkata "Ya Allah...Aku yakin tidak lafaz dan Aku yakin tidak terlafaz...Aku benar2 Yakin Ya Allah.... Sesungguhnya Aku takda niat, Aku tidak ada niat, Aku tiada niat dan Aku tidak ada hati langsung untuk bercerai (Saya tak berapa ingat ayat dia sebab perkara ini dah lama)....Aku berpegang pada Yakin Ya Allah....Aku tidak ada niat.....Aku amat sayangkan isteriku dan Aku sangat sayangkan rumahtanggaku".

Jatuh atau tidak Ustaz saya berdoa sebegitu? dan salahkah saya berdoa begitu?


Terima Kasih....

Salam

Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keampunan daripada Allah..

berdoalah sebagaimana yang kita kehendaki dan kita tahu apa masalah kita.

tk
Visitor IP: 60.49.105.167

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lafaz kinyah dalam lagu

Nama*:azly
Tajuk*:lafaz kinyah dalam lagu
Message*:Assalamualaikum,

Ceritanya begini ustaz. ada satu hari tue saya sedang mendengar lagu yang agak popular pada ketika itu. secara sepontan saya pun menyanyikan lagu tersebut. lagu tu adalah lagu dari seorang penyanyi popular iaitu "jimmy palikat" tajuk lagunya anak kampung. dalam lirik lagu tu ada lirik yang berbunyi " kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain".
persoalannya adakah jatuh talak sekiranya saya menyanyikan lagu tue dan disamping tue saya menujukan lagu tue pada isteri saya. pada ketika itu saya tiada niat pun untuk menceraikan isteri saya. cuma terbawa perasaan dengan lagu yang saya nyanyikan.
apa yang saya ingat isteri saya ada menanyakan apakah maksud saya menyanyikan lagu yang ada lirik tu. saya cakap saya cuma menyanyi jer. saya x faham apa maksud isteri saya menanyakan soalan pada ketika itu.
cuma baru2 ni je ada bisikan-bisikan dalam hati bagitau entah-entah ngko ada niat cerai masa nyanyi lagu tue.
tapi saya yakin pada masa saya nyanyi lagu tue tiada niat pun untuk menceraikan isteri saya. jadi apakah status hubungan saya dengan isteri saya. adakah masih sah sebagai suami isteri?


Visitor IP: 161.139.222.135

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, December 9, 2017

Soalan: murtad

Nama*:safawi
Tajuk*:murtad
Message*:asalamualaikum ustaz, saya tertarik dgn soalan en hamidon. saya kerap diganggu bisikan dan berkata-kata di dalam hati mengaku kafir, konon bila mati jadi kafir, kalau jadi sesuatu perkara jadi kafir dan byk lg. saya buat tak tahu. saya solat macam biasa, berdoa agar diampun, kerap mengucap dua kalimah syahadah dan ke majlis ilmu. awalnya saya anggap benda ni tak mempengaruhi sangat. tetapi apabila terbaca persoalan en hamidon saya jadi takut. takut mempengaruhi perkahwinan saya. boleh jadi murtad tak dengan apa yg saya alami dan bagaimana perkahwinan saya? wslm

Salam

Hukum Islam berdasarkan kepada perbuatan dan tindakan kita yang zahir. Jika lintasan dan gangguan seperti itu, ia tidaklah memberi kesan kepada akidah dan hukum syarak.

CUma kenalah kita berusaha untuk menghapuskan gangguan itu dengan ilmu yang mendalam (bab fiqh dan akidah) dan keyakinan diri yang tinggi.

moga bermanfaat.

tk

Visitor IP: 60.50.33.123

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, December 7, 2017

Soalan: Perlu kah saya basuh cadar yg terkena mazi+mani

Nama*:Nizam
Tajuk*:Perlu kah saya basuh cadar yg terkena mazi+mani
Message*:Yang kita tahu ,
Air mani --> Tak najis
Air mazi --> Najis

Namun, apabila air mani keluar, biasanya akan didahului air mazi. Maka, adakah air mani dan air mazi telah bercampur ? Dan adakah ia telah menajiskan air mani tersebut ?

Perlu ke saya sucikan pakaian & cadar selepas bersam isteri..
Semasa berjimak dengan isteri, saya alas kain di bawah punggung isteri .

Betul ke mani suci tp kalau mani bercampur sedikit dengan mazi,ada kah jadi najis?
Perkara ni susah nak elak sbb bila teransang,memang mazi akan mendahului kemudian baru mani..

Mohon penjelasan ustaz

Salam

Tidak semestinya air mazi mendahuli air mani.

Najis itu terjadi dengan satu kepastian bahawa ia memang terkena najis, baharulah ia perlu dibasuh. Jika tidak dipastikan terkena najis atau tidak, ia tidaklah perlu dibasuh.

Jika dipastikan air mazi yang keluar, kenalah dibasuh pada pakaian atau kemaluan.

tk

Visitor IP: 60.53.16.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh kah talak

Nama*:Farah
Tajuk*:Jatuh kah talak
Message*:Salam
Saya ingin bertanya, adakah sah lafaz cerai jika suami saya melafazkan beberapa kali kerana sye sendiri tidak pasti dia serius atau tidak. Kerana pada ketika itu saya yg meminta cerai kepada suami sye. Bile dia kata dia ingin menceraikan sye "sye ceraikan awak" . Tetapi sye rase dia hanya bergurau kerana ingin sedapkan hati sye. Jadi sye suruh dia ulang lebih 3 kali. Adakah sudah jatuh talak 3? Harap boleb bantu saya.

Salam

Jiak betul suami sebut dengan jelas dan terang lafaz 'saya ceraikan awak', maka terjadilah talak. JIka diulang-ulang beberapa kali, ia boleh termasuk dalam talak tiga atau boleh juga talak satu jika perulangan itu untuk mengukuhkan yang pertama tadi.

tk


Visitor IP: 103.31.35.2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lintasan hati

Nama*:hamidon
Tajuk*:lintasan hati
Message*:aslm ustaz,
soalan 1
sekiranya salah seorg drpd suami isteri terlintas dalam HATI tentang kebenaran islam / niat murtad tetapi segera beristifar dan mengucap dua kalimah shahadah, adakah perkahwinan terbatal?

soalan 2
dewasa ini kerap sgt keluar berita yg org mempertikaikan hukum al quran dengan bebas menerusi TULISAN dan lafaz LISAN. apa status perkahwinan mereka sekiranya mereka TIDAK BERTAUBAT atau sekiranya mereka BERTAUBAT?

wslm

Salam

Lintasan hati tidaklah menyebabkan terjadinya murtad. Ia adalah gangguan syiatan semata-mata. Anda hendaklah segera menafikan gangguan dan lintasan seperti itu.


Jika mereka itu jahil dan tidak tahu hukum murtadnya, ia tidaklah murtad. tetapi jika mereka tahu dan dibuat juga (sebutan dan tulisan) maka ia menjatuhkan murtad ke atas mereka sehinggalah mereka bertaubat.

tk


Visitor IP: 183.78.47.54

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, December 6, 2017

Soalan: JATUH TALAK

Nama*:KIEMI
Tajuk*:JATUH TALAK
Message*:assalamualaikum ustaz,saya betul-betul mohon bantuan ustaz,saya bergaduh degan isteri saya dan saya menghantar sms dengan berbunyi ' JALAN YANG TERBAIK KITA BERPISAHLAH CARA BAIK'.ustaz yg dihormati,adakah ayat saya itu telah jatuh talak.?

Salam

Pada pendapat saya, ia tidak menjatuhkan talak kerana lafaz talak hendaklah terus dan langsung kepada penegasan sesuatu talak. Contohnay, aku ceraikan kamu!..

Pada saya sms di atas adalah satu cadangan dan pandangan suami.. Ia bukannya lafaz talak yang jelas.

tk


Visitor IP: 218.208.39.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Perihal Lafaz Talak

Nama*:Iman
Tajuk*:Perihal Lafaz Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz,

Mohon pencerahan apabila suami melafazkan cerai 2 kali kepada isteri tanpa rujuk. Pertama kali melalui sms dan kali kedua di hadapan seorang saksi.
Terima kasih.

Salam

Terjadilah talak itu dua kali..

tk

Visitor IP: 43.252.234.216

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was-was dengan apa yang suami lafaz (cerai)

Nama*:zarazya
Tajuk*:was-was dengan apa yang suami lafaz (cerai)
Message*:Assalamualaikum Wbt Ustaz.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana menjawab soalan dan kemusyiklan saya ini.

Ketika berlaku pertengkaran dan selepas pergelutan (pukul memukul) antara saya dan suami dalam pendengaran yang kurang jelas dan saya sendiri tidak pasti, telinga saya seolah mendengar suami menyebut ' cerai ko lah'.

Saya tak pasti sama ada, ada ayat sebelum perkataan cerai itu. Saya bertanyakan anak saya (berumur 13 tahun (lelaki)) adakah dengar ayah sebut perkataan itu kerana dia di depan dan saya dalam bilik. Anak saya jawab tak ada ayay sebut begitu.

Saya bertanyakan dan desak suami untuk mengulang apa yang dia dah cakap, Suami mengatakan tidak menyebut perkataan cerai itu dan dia sendiri tidak ingat, Dengan bersumpah nama Allah dia mengaku tidak melafaz.

1. Apa perlu saya lakukan ustaz? sedangkan saya sendiri tak berapa pasti apa yang saya dengar.

2. Adakah saya perlu yakin dengan pengakuan suami?

3. Adakah telah jatuh talak itu.

Salam

Lafaz cerai adalah hak suami, jika suami menafikannya, ia tidaklah terjadi talak. Isteri tidak perlu paksa suami menyatakan apa yang dia sebut sebelumnya. Percaya dan berhukum dengan apa yang diketahui sahaja.

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ingin Tahu

Nama*:Fadzil
Tajuk*:Ingin Tahu
Message*:Salam Ustaz....

Saya nak bertanya :

Saya ada beritahu pada pegawai agama yang saya Yakin tidak lafaz dan Yakin tidak terlafaz pada Isteri....Ini pun cuma seorang diri (ayat tergantung) (sambil saya memandang kertas disebelah kanan saya).Sebenarnya saya nak cakap begini...."Ini pun cuma seorang diri, Saya pun Yakin tak lafaz dan Yakin tak terlafaz..."

Soalan saya....Jatuh atau tidak Ustaz? Saya jadi was was apabila saya menyebut separuh ayat sahaja (macam ayat tergantung). Saya yakin tidak lafaz dan Saya yakin tidak terlafaz...

Salam

Hentikan penyakit was was. Agama berpegang kepada perbuatan yang nyata.. keraguan sukar hendak ditentukan hukumnya.

tk

Visitor IP: 175.143.89.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 5, 2017

Soalan: Bertanya

Nama*:Is
Tajuk*:Bertanya
Message*:Salam Ustaz....

Setelah saya sudah berubat dengan seorang Ustaz...Saya ada beritahu pada dia tentang gangguan yang saya alami. Saya berkata pada dia "Sejak gangguan tu datang, saya kurang mesra dengan isteri saya....Saya jarang bercakap, kurang komunikasi dan buat hal masing2 (buat tak tahu pada isteri). Gangguan tu datang seolah - olah mahu pisahkan saya dengan isteri saya."

Jatuh atau tidak Ustaz pada situasi diatas? Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat. Saya sayangkan isteri saya dan anak saya....Saya sayangkan rumahtangga saya.

Salam

Jiak dipastikan tiada lafaz cerai, maka usahlah diragukan lagi akan keyakinan itu.

belajarlah jadi orang yang lebih yakin dng diri sendiri.

tk



Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 4, 2017

Soalan: wakaf

Nama*:abd rahim
Tajuk*:wakaf
Message*:asalamualaikum,
saya ada kemusykilan tentang wakaf harta.

sahkah wakaf harta tanpa lafaz lisan. hanya niat dalam hati?

wslm

Salam

Wakaf harta perlu dilafazkan atau dituliskan secara jelas agar ia benar-benar menjadi harta wakaf. Jika tidak dilafazkan, ia tidak tahu oleh sesiapa, so siapa yang perlu bertanggungjawab atas harta berkenaan...

tk

Visitor IP: 175.140.106.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 3, 2017

Soalan: Mahu Kepastian

Nama*:Jeff
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Salam Ustaz.....

Saya ada 4 soalan ingin bertanya dengan Ustaz.....

1/. Ketika saya sedang menonton tv bersama keluarga, secara tiba2 saya berdehem sebanyak 2 kali...sesudah saya berdehem datang pula lintasan hati mengatakan saya ada niat. Saya jadi was was.....saya buat berdehem 2 kali sekali lagi....dan saya berkata dalam hati yang saya tidak ada niat dan saya yakin tidak lafaz....Jatuh atau tidak Ustaz?

2/. Pada suatu hari tu, saya dan isteri jogging bersama di sebuah tasik. Semasa berjogging, isteri saya tiba2 berhenti berlari akibat penat.... kemudian saya bertanya pada dia "Dah surrender" lalu dia menjawab "Mana ada surrender....saja berhenti".
Jatuh atau tidak Ustaz? Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat...cuma saya rasa was was bila menyebut "Dah surrender"...

3/. Semasa membeli belah di sebuah pasaraya bersama keluarga...Kakak ipar saya bertanya pada saya dimana isteri saya...Saya pun menjawab "Entah...hilang, tadi dia ada kat sini" sambil saya mencari isteri saya...Kakak ipar saya berkata pada saya "Dah hilang dah....mana dia pergi?....
Jatuh atau tidak pada situasi diatas? Situasi diatas telah lama berlalu.... Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....Cuma saya alami gangguan was was yang datang secara tiba2...sedangkan saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat...

4/. Sedang saya bertugas di pejabat, saya tengah mengira nombor (dalam hati) diatas kertas sambil menggunakan jari....Semasa saya sedang mengira nombor dalam hati...tiba2 datang lintasan hati saya menyebut nama2 orang yang saya kenali dalam hati (Saya menyebut dalam hati). Saya jadi was was....Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat....Saya yakin dalam hati...Saya sebut nama dalam hati....Saya benar2 yakin Ustaz....
Jatuh atau tidak Ustaz?



Terima Kasih....

Salam

Anda mengahdapi masalah was was dan yang peliknya semua perbuatan anda dikaitkan dengan talak. KEnapa jadi begitu? Jika penat keletihan, itu adalah kepenatan, bukannya perceraian..

Cerai akan terjadi dengan lafaz yang jelas.

tk

Visitor IP: 175.143.89.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tentang Zihar

Nama*:En Bad
Tajuk*:Tentang Zihar
Message*:Salam Ustaz....

Adik saya berkata pada saya "Terima kasih bang...belanja makan" Saya pun menjawab "Siti" (Isteri saya) . Masa saya menyebut nama isteri saya, saya menunjuk ke arah adik perempuan saya. Kemudian saya menyebut nama isteri saya semula "Siti" sambil menunjuk ke arah isteri saya...

Adakah ini Zihar? Saya memang tiada niat Zihar...


Terima Kasih

Salam

Ia tidak pernah terjadinya zihar dalam keadaan ini..
ZIhar terjadi dengan niat yang buruk dan dengan tujuan zihar..

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 1, 2017

Soalan: sah atau tidak lafaz sang suami

Nama*:Siti
Tajuk*:sah atau tidak lafaz sang suami
Message*:assalamualaikum.. maaf,ingin bertanya..adakah lafaz sang suami ini dikira sah atau tidak?

"saya akan lepaskan awak.. selagi tak lepaskan awak, makin banyak dosa saya tanggung"

Salam

Selagi ada perkataan AKAN, ia tidak terjadinya talak. Talak sah bila secara langsung disebutkan talak ke atas isteri.

tk


tor IP: 14.192.208.103

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik

Nama*:ida
Tajuk*:taklik
Message*:salam ustaz...sy nk b'tnye...sy dan suami de b'gduh
tp suami sy diamkn dri...sy nk tau pnce dye mrahkn sy,sy pkse dye untk b'ckap...dia xboleh kwal k'mrhan
- Dia ada lafazkn ak hramkan ko balik kalau ko balik jatuh talak 1..pastu sy tnye blik rumah mak sy ke..dia ckp ye.
-lepas dh reda marah sy ada tnye btul ke apa yg suami sy lafazkn..dia ckp btol tp niat dia kalau nak balik kena minta izin dahulu

Salam

Jika kena minta izin, maka isteri kenalah minta izin baharulah tidak terjadinya talak. Jika balik tanpa izin suami akan terjadinya talak taklik pada kes ini..

tk

Visitor IP: 103.1.71.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA