Sunday, January 8, 2017

Soalan: Talak taklik

Nama*:Azree
Tajuk*:Talak taklik
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Saya ada berjanji dgn isteri saya, sekiranya saya menelefon / msg lagi dgn bekas kekasih sy maka akan jatuh talak 1..

Soalan sy:
1. Adakah jatuh talak jika bekas kekasih sy msg tetapi sy x membalas?
2. Adakah jatuh talak sekiranya bekas kekasih yg menelefon sy dan saya menjawab.
3.Adakah jatuh talak sekiranya, seseorg menelefon menggunakan no yg saya tidak tahu/ kenali.. Bila sy menjawab dan dapati yg membuat pggilan itu adalah bekas kekasih sy???
4. Sampai bila lafaz taklik ini sah, adalah akan kekal hingga ke akhir hayat?
File Upload:
Salam

Bagus dan tahniah kerana buat taklik yang semudah ini. Akhirnya ia memerangkap diri sendiri.

Wahai para suami, belajarlah sikit ttg hukum nikah kahwin dan cerai berai.. ia melibatkan ikatan pernikahan suami isteri, apabila tak faham, akan terjadilah kes seperti ini yang memperjudikan kesahan ikatan suami isteri.

Maaf saya bagi tazkirah sikit..

Oleh kerana taklik itu jelas bahawa 'suami yang msg gf nya, maka bila gf yang msg, atau call.. tak lah jatuh talak. Tapi ingat bila gf dah msg, suami tak boleh balas sbb ia melibatkan taklik dan suami juga tak boleh lagi menelefon atau sms gf kerana ia melibatkan taklik.

tk


Visitor IP: 123.136.107.44

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA