Wednesday, January 25, 2017

Soalan: penjelasan

Nama*:hamba Allah
Tajuk*:penjelasan
Message*:assalamualaikum ustaz.. saya perlukan penjelasan mengenai lafaz kinayah.. terlebih dahulu saya bersyukur atas pengurangan perasaan was-was dalam diri atas nasihat ustaz yang dulu. disini saya cuma nak tanya ustaz..
1. apakah terjadinya lafaz kinayah selepas seorang suami itu menyanyikan lagu tersalah lirik maksudnya lirik asal " harus tak kan ku biarkan engkau pergi" tetapi sisuami tersalah " harus nyatakan ku biarkan engkau pergi" setelah tengok lirik ternyata tersalah sebut selama ni.. tp suami menyanyi sendirian..

2. ketika tersalah lirik itu tibe2 hatinya terdetik lirik tu macam kata2 perpisahan.. sisuami ad gangguan was2 sebelum itu memng ad lintasan macam kearah penceraian disebabkan nak elak die menyanyi lagu yang tadi tu supaya dapat lari dari lintasan tetapi bile sisuami menyanyi die tak tau pulak lirik tu tersalah dan ada kata2 lafaz kinayah.. setelah itu die keliru yang didalam hati itu lintasan atau niat.. sedangkan hubungan dengan isteri tidak ad masalah.. adakah dikira lafaz kinayah dan jatuh ke ta*** ?

3. setelah rungsing memikirkan perkara itu sisuami melafaz rujuk dalam hati.. apakah status rujuk tu ?

harap ustaz membantu
File Upload:
Salam

Nyanyian adalah hiburan hati.. kenapa anda perlu kaitkan ia dengan cerai dan talak. Usah dicampur-adukkan lagu dengan cerai..

Ubati dan rawati penyakit was was itu.. Tak semua benda disebut berpisah adalah membawa maksud cerai.. jangan layan gangguan yg mendatang.

tk

Visitor IP: 123.136.112.254

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA