Nama*: | Yang keliru |
Tajuk*: | Peranan isteri |
Message*: | Salam ustaz. Sy sudah berkahwin selama 2 tahun. Sebenarnya, isu kewangan menjadi masalah No 1 dalam rumahtangga saya. Alhamdulillah gaji saya besar, lebih dari suami saya. Saya pernah beritahu suami saya sewaktu saya mengandung bahawa saya boleh bayar untuk persiapan anak yang bakal dilahirkan, dan meminta suami saya utk membiayai persiapan utk masuk rumah baru. Namun dari sebelum anak saya lahir sampai sekarang anak saya berumur 1 tahun, semua dari head to toe saya bayar termasuk susu, baju dan lampin. Saya juga turut menyumbang kepada bayaran bulanan pinjaman rumah dan perabot di dalam rumah. Saya tahu saya mampu, tapi suami macam tidak menghargai. Dia menganggap semua berkaitan dengan anak saya akan selesaikan. Dia tidak pernah bertanya samada susu masih ada, lampin cukup. Untuk pengetahuan ustaz, persiapan raya juga saya sediakan selama dua tahun. Suami saya tidak pernah membelikan apa apa bentuk hadiah kepada saya sepanjang perkahwinan. Tapi, alhamdulillah, sebagai wanita bekerjaya, suami saya memahami. Dia tidak pernah memaksa saya untuk memasak, kerana dia lebih suka memasak. Namun kemas rumah tanggungjawab saya. Suatu hari, saya mengambil keputusan untuk membeli satu lagi rumah pinjaman atas nama saya. Saya pernah memberi tahu suami saya. Walaupun dia tidak setuju saya tetap teruskan niat, kerana saya berfikir saya telah banyak menyumbang dan membantu suami saya dalam membiayai keluarga kami. Rumah yang saya beli ini adalah milik saya dan saya belikan utk anak saya utk masa akan datang. Adakah saya dianggap derhaka kepada suami? Bolehkah suami saya melepaskan tanggungjawab menjaga dan membiayai anak kepada isteri? |
File Upload: |
Tahniah puan kerana bersabar dan meneruskan asam garam rumah tangga.
Tugas mencari nafkah letaknya pada suami, namun dalam kes seperti ini malah dalam realiti kita hari ini, tugas ini kita pikul bersama. Baik suami mahupun isteri, sama sama berganding bahu menyara hidup rumah tangga.
Kes yang puan lalui adalah normal, cumanya suami semacam terleka dengan AMANAH dan TUGASnya sebagai ketua rumah tangga. Puan kenalah bantu suami menyedarkan tugasnya sebagai suami, berilah dia kesedaran akan tanggungjawabnya utk menyara hidup keluarga.
Soal puan beli rumah baru itu, langkah yang bijak.Beli rumah tak akan rugi.. biarlah ia jadi aset akan datang, namun puan kenalah belajar menghargai dan merundingi suami juga. Suami tak nak kisah hal kewangan kerana isteri juga buat tak peduli kewangan suami.. barangkali..
Moga berbahagia kelak.. bagi tazkirah sikit kat suami tu.. tk
Visitor IP: 115.164.177.123
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.