Soalan: Kenalpasti
Nama*: | Muhd hadi bin rashid |
Tajuk*: | Kenalpasti |
Message*: | Salamwarahmatullah..ustaz,saya nak kongsi masalah sedikit.saya seorang yang was2,saya ingin minta pertolongan ustaz..perlukah mandi hadas jika selepas saya bangun dari tidur saya ada nampak cairan lekit bertali tipis,bila lihat teliti tidak ada warna,ia leleh sekitar bibir kemaluan..saya tidak ada rasa lazat,sedap atau memancut..saya sedar dari tidur dan tergerak hati untuk check kmluan saya..dan saya nmpak ciri seperti itu..kuantiti cairan itu sederhana dibahagian bibir kmluan saya..tolong saya dan selalu sgt was2..adakah itu hanya air mazi sahaja?? Atau itu mani?? Saya ada bertanya juga pada org laen dan mereka kata itu mazi..saya mahukan kepastian dari ustaz juga adakah itu memang air mazi dan tak perlu mandi hadas? |
File Upload: | |
Salam
JIka benar tidak ada kemuncak pada mimpi, ia adalah air mazi. Memadai dengan basuhan sahaja.
tk
Visitor IP: 107.167.113.134
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.