Monday, January 30, 2017

Soalan: Hukum suami mengulangi lafaz taqlik selepas nikah dgn sebab nenjawab pertanyaan isteri

Nama*:Safina
Tajuk*:Hukum suami mengulangi lafaz taqlik selepas nikah dgn sebab nenjawab pertanyaan isteri
Message*:Telah menjadi syarat kepada setiap pasangan apabila selesai majlis akad
nikah, pengantin lelaki diminta melafaz taliq.

Apakah hukum dimana saya
dengan sengaja bertanya kepada suami apakah lafaz taliq yang abang lafazkan semasa selepas akad nikah?

Kemudian suami saya pun melafaz & memberitahu lafaz taqlik tersebut : apabila saya tinggalkan isteri saya selama 3bulan, tak beri nafkah zahir,nafkah batin, atau saya hilang tanpa diketahui, maka jatuhlah talak satu...
Tapi saya macam ingat2 lupa , bila saya tanya suami : abg ada sebut tak kalau mengadu ke mahkamah & mahkamah dapati ia benar ,maka jatuh talak..
Suami jawab : entahlar, abang pun tak ingat abg ada cakap atau tidak pasal mengadu je mahkamah tu.


Saya terkejut dengar,sbb dlm surat nikah bahagian lafaz taqlik, ada tertulis : jika dia (isteri) mengadu ke mahkamah & selepas siasatan mahkamah mendapati ia benar, maka jatuh lar talak satu..


Adakah ia pun dikira lafaz taliq walaupun suami hanya memberitahu
sekadar alar kadar seperti ingat-ingat lupa.

Adakah lafaz taqlik yg suami lafaz atas menjawab pertanyaan saya tu BOLEH DISABIT SEBAGAI TAQLIK BARU & DIGUNAPAKAI?

Mohon jawapan ustaz, saya risau fikirkan nya...sbb ada masa suami outstation lebih dari 3bulan...;(
File Upload:
Salam

Suami hanya mengulangi taklik yg disebutkan dalam majlis akad, maka yg tersebut dalam majlis akad itulah yang sah dan sahih. Yang diulang itu tidak tepat kerana dia cuba mengingat kembali tanpa sedar ada kekhilafannya.

tk

Visitor IP: 113.210.201.52

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA