Sunday, January 1, 2017

Soalan: Kepastian selaput putih

Nama*:Muhd syakir
Tajuk*:Kepastian selaput putih
Message*:Salam ustaz,sye nak bertanya..adakah tepat tindakan saya jika saya abaikan was2?..contohnya pada sebelah pagi td saya bangun dari tidur,saya check pada kmluan saya tidak nampak pun ada lekit2 atau basah..kemudian saya duduk lah menyandar dalam beberapa minit itu sebab baru lepas bangun tidur..kemudian tergerak hati saya nak check lagi kmluan saya dan lepas itu saya ada nampak selaput putih pada dalam lubang kemaluan saya..lalu saya terus bersihkan saja..adakah itu selaput mazi atau mani? Ingat2 semula saya tidak ada pun berasa syahwat memuncak atau berasa sedap..dan saya hanya nampak ada sket cairan yg jernih kilau dlm lubang kmluan itu.itu memang mazi kan ustaz?? Jika air mani mestilah nampak basah yg banyak,warna putih keruh,dan berbau hanyir..disini saya nak minta pendapat ustaz,adakah itu hnya selaput mazi dlm lubg kmluan itu? Atau adakh itu mani?? Tapi saya abaikan dan buat je solat seperti biasa tanpa mandi hadas..sye mmg kena gngguan was2 setiap hari..berdasarkan yg sye ceritakan ini,adakah itu mmg hnya selaput putih mazi pda dlm lubang kmluan itu? Dan saya tidak buat pun mandi hadas.saya abai dan solat..adakah solat sya tidak sah? Bntu saya..
File Upload:
Salam

Senang cerita, kalau tak mimpi ghairah selepas itu ada air, anggaplah ia mazi. Air mazi memadai dengan basuhan sahaja seperti air kencing juga.

Elakkaan was-was. Kita berpegang pada ilmu.

tk

Visitor IP: 107.167.113.134

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA