Nama*: | Saidin |
Tajuk*: | Lafaz talak kerana was was |
Message*: | Assalam ustz, Saya seorang yg berpenyakit was was yg sgt kronik, sehingga dia akui oleh doctor serta memerlukan rawatan di hospital dan juga rawatan Islam. Saya sering ingin menyebut talak, jika berlaku perselisihan walau pon kecil dengan isteri saya perkara pertama akan saya berfikir ialah talak. Saya berselisih faham dengan isteri sehingga saya terlintas dan berkata-kata di dalam hati menceraikan dia... Tetapi kerana penyakit was was saya ini saya seolah olah terdengar seperti saya telah melafazkan di bibir... Perkara ini berlaku hari2 kepada saya walau pon jika saya bersendirian dan tidak bergaduh dgn isteri. Dalam kes ini kerana terlalu was was saya menyebut talak itu didepannya tetapi kerana tidak mahu menjatuhkan talak saya mengubah ayat menjadi 'aku ceraikan kau nanti kang'. Ayat itu saya yakin tidak menjatuhkan talak tetapi saya ragu ragu dengan niat saya, kerana ingin menyebut talak yg saya rasa seolah olah terdengar dibibir tadi dan untuk memastikan perbezaan sebutan jelas atau tidak maka saya tidak dapat mengawal daripada menyebutnya. Saya menjadi was was dengan niat sendiri. Mulanya niat nak sebut talak tetapi kerana tidak mahu bercerai saya ubah menjadi satu ugutan. Apakah telah jatuh talak atau tidak? Saya sgt runsing dengan keadaan ini, hari hari ianya berlaku sehingga memberi tekanan kepada saya dan juga isteri... Walau pon berselisih saya tetap syg pada isteri dan tidak mahu bercerai. |
File Upload: |
Talak tidak terjadi sekiranya tiada niat untuk TALAK. Ungkapan yang terkeluar mungkin kerana penyakit yang dihadapi.
Rawatilah penyakit saudara.
tk
Visitor IP: 115.164.48.113
Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.